Saturday, March 20, 2010

assalamualaikum..dah lama tak menulis di post ini,walaupun setiap hari mengadap pc tetapi saya masih belum ada kekuatan dan juga mood untuk menulis sesuatu termasuklah di blog ni.. Alhamdulillah..saya baru sahaja selesai melakukan beberapa perkara berkaitan dengan kuliah saya dan juga kehendak pensyarah..walaupun kadang-kadang saya berasa sangat takut dengan tugas dan juga tanggungjawab yang diberikan oleh mereka kepada saya,takut bukan kerana apa..takut kerana saya tidak mampu untuk memikul tugas tersebut..tetapi nasib baik saya mampu menyelesaikanya dengan pertolongan beberapa orang sahabat-sahabat saya..terima kasih kalian.

Sunday, March 14, 2010

KAdAnG-kADaNg....


Kadang-kadang aku menangis...
Kadang-kadang aku gembira..
kadang-kadang aku ketawa...
Kadang-kadang aku kecewa...
Adakah aku gila????

Sunday, March 7, 2010

PeRsOnAl....



Alhamdulillah..semakin semakin baik rasanya diri ini,kadang-kadang perasaan tenang dan juga gembira datang dan kadang-kadang juga perasaan sedih.gelisah muncul secara tiba-tiba dalam diri saya ni,tapi bila difikirkan balik..itu adalah lumrah dalam kehidupan seorang manusia yang kecil dan lemah seperti saya ini. Allah sentiasa ada di belakang umatnya so saya fikirkan Dia adalah jalan yang terbaik dalam membimbing setiap perasaan kita. "kematangan"..apa itu,saya terdetik untuk menulis mengenainyakerana saya terfikir yang saya rasa "kematangan" itu sudah ada di dalam diri ini..bukan apa sebelum ini saya akui.sifat tersebut masih belum kuat lagi didalam diri saya ni,sehinggakan ada yang mengatakan saya ini kebudak-budakkan.. dalam beberapa hari ini saya saya banyak diberi tanggungjawab dan juga tugas yang membuatkan "kematangan" saya diuji dengan sebaiknya..tanggungjawab yang diberikan oleh pensyarah dan juga sahabat-sahabat saya itu akan saya laksanakan dengan sebaiknya dengan"kematangan" yang ada dalam diri saya ini. Insyaallah.

*kadang-kadang kematangan dipengaruhi oleh faktor sekeliling*

Tuesday, March 2, 2010

ToKoh

Jika diberi peluang untuk bertemu dengan seseorang tokoh yang saya ingin temui dalam bidang animasi,saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan nama tokoh diatas iaitu siapa lagi kalau bukan Hayao Miyazaki.Beliau merupakan seorang tokoh animasi jepun yang sangat hebat dalam berkarya bagi sesebuah filem animasi terutamanya di jepun. Saya mula mengenali dan juga minat untuk mengetahui serba sedikit mengenai beliau ialah semasa beliau mengarahkan sebuah filem animasi yang telah memenangi Anugerah Oscar bagi filem animasi terbaik mengalahkan filem-filem animasi yang lain,filem tersebut berjudul Spirited Away.saya tertanya-tanya bagaimana sebuah animasi jepun mampu unutk mengalahkan pencabar dari studio animasi Hollywood yang lain,tetapi pada waktu tersebut saya masih belum mampu untuk membeli DVD filem tersebut kerana masih lagi bersekolah so duit belanja pun cukup untuk makan tengahari di kantin sahaja.jadi saya hanya memerhati kejayaan beliau melalui majalah-majalah sahaja. Sehinggalah saya telah memasuki dunia universiti dan dengan sedikit duit belanja yang ada,saya telah membeli DVD filem Spirited Away ini dan dengan bangga saya menontonya sambil mencari apa yang istimewanya filem arahan Hayao Miyazaki ini. selepas selesai menonton,saya terus menjadi kipas susah mati tokoh ini dan mulai saat itu saya terus menonton filem-filem koleksi beliau seperti:
kesemua filem-filem ini ada dalam koleksi DVD saya walaupun ada yang hilang dimana banyak tangan yang meminjamnya,tak sabar rasanya untuk menunggu buah tangan terbaru dari pengarah tersohor ini.. i waiting!!!

* Kebanyakan filem animasi beliau mempunyai karakter-karakter yang unik dan comel2 gitu..so kalau tak percaya,try korang tonton sendiri k*

JusT ThInKiNg (2)



persepsi atau kritikan..adakah ia benda yang sama atau kedua-dua frasa ini sesuatu yang berlainan? persoalan ini saya rasa mungkin ada jawapanya tentang perbezaan kedua-dua yang saya sebutkan tadi..ramai orang kata,kita perlu membuat kritikan selepas kita lihat dahulu apa yang nak kita kritikan itu..contohnya filem mahupun mengkritik manusia itu sendiri.seorang penulis blog Indonesia ada menyatakan bahawa persepsi itu adalah" cara pandang seseorang dalam mengertikan atau menilai suatu benda, objek atau masalah". apa yang cuba disentuh adalah bagaimana cara kita untuk menilai baik dan buruk sesuatu itu dengan tanggapan kita sendiri. ramai orang yang sering dibantah kritikan mereka mahupun persepsi yang mereka berikan kerana hanya berlainan dengan orang lain,,perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana setiap orang lain pandangan mereka tentang sesuatu perkara..
ingat orang lain tidak mungkin tahu apa yang kita fikirkan melainkan kita sendiri.

* kita apa yang kita fikirkan*

fInIsH...

selesai akhirnya..semenjak sekian lama skuter ku yang tersadai di depan rumah berehat tanpa bekerja akhirnya hari ini dia akan beroperasi semula..tersadai bukan apa,cuma tayarnya sahaja yang pancit dan perlu untuk digantikan dengan yang baru,kawan-kawan yang lain sebenarnya sudah lama bising tentang keadaan skuter tersebut,cuma saya masih belum bersedia untuk menghantar servis..mungkin kerana bimbangkan kosnya ataupun malas (hehehe..) so apabila dah pancit sehingga tidak boleh bergerak lagi,terpaksa juga menghantar servis..terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang membantu. selain skuter,saya sebenarnya perlu menyiapkan beberapa skrip untuk dihantar kepada pensyarah saya bagi penilaian subjek.. idea dah ada,cuma untuk menulis saja,saya belum mahir lagi,so saya dengan sedaya-upaya cuba yang terbaik. Chaiyok!!



* kesian tgk abg2 yang bekerja di bengkel motor..bekerja tanpa henti.tapi itu yang terbaik dalam mencari rezeki yang halal : ) *