Thursday, November 24, 2011

dream...

Ketua

salam semua.. lama tak menyinggah di laman blog ini..walaupun sudah lama tidak menulis, tetapi setiap hari aku masih melawat blog kesayangan aku ini untuk aku tatapi dengan rasa bangga kerana aku berjaya meluahkan segala isi hati dan juga segala apa yang aku rasa dilaman ini. namun untuk aku menulis secebis kata masih belum ada kemampuan lagi untuk hari-hari sebelumnya kerana kesibukan dan juga mood yang masih lagi tak menentu dengan tugas-tugas yang diamanahkan. dalam minggu-minggu kebelakangan ini aku sentiasa dipenuhi dengan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanah oleh fakulti dan juga kelas kepada aku.. kadang-kadang bila fikir balik..mengapa aku terjebak dalam semua ini..mampukah aku untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ketua yang bagus di mata mereka yang berada dibawah aku??  Ya Allah..aku berasa bersalah jika aku tidak mampu untuk menjalankan tugas yang diberikan olehMu kepada ku... tapi apakan daya..aku harus teruskan dengan apa yang aku ada sekarang.. aku harus kuat..tabah, sentiasa positif untuk aku menjadi hebat seperti mereka sebagai ketua..Insyaallah.

Saturday, November 12, 2011

tak suka iklan

masa dok layan citer yang best n kadang-kadang bosan punya citer kat tv..aku terganggu dengan beberapa jenis iklan komersial yang ada kat siaran tu..entahla..dari dulu lagi aku cukup benci dengan iklan kecantikan, syampu rambut dan ntah benda lagi lah..bagi aku tak logik langsung semua iklan-iklan tu..menipu orang jer kejernya...asyik-asyik tunjuk model perempuan cantik pastu kata yang produk dorg tu berkesan..perempuan yang jadi model tu plak..ada yang ntah datang dari mana.. aku pernah belajar subjek marketing kat universiti, si pensyarah aku kata yang iklan ni memang menipu..tapi itu salah satu dari marketing dorang untuk menarik pelanggan..so bagi mereka yang terpengaruh dengan iklan tu..akan beli produk tersebut.. tu apa yang pensyarah aku kata..tapi kadang-kadang ada iklan yang berjaya menarik perhatian gak dan  membuatkan aku ni pon terpengaruh gak..tapi tak semua la.. aku pernag terfikir yang kadang-kadang iklan ni pon menggunakan kanak-kanak untuk tarik hati orang yang tengok..contoh macam iklan makanan ringan yang tak berkhasiat, ni buatkan kanak-kanak terpengaruh.. aku dah sedar benda ni lama dah..rasa macam dorg dah eksplotasi budak-budak yang berlakon iklan tu dengan menyuruh mereka berlakon bahawa produk makanan dorang tu terbaik.. pepon tak semua iklan tu tak bagus..ada iklan kat tv tu yang memberikan iktibar dan juga pengajaran pada kita..terpulang pada orang yang menonton tu untuk faham apa yang disampaikan...

Family.

assalamualaikum semua..apa khabar, lama dah tak update blog ni huhuhu..yela sibuk ngan tugas harian sebagai pelajar yang tak sudah-sudah, pastu cuti Raya Haji plak..so balik kampung dah tak boleh online..xde internet. so biler dah balik Shah Alam yang tercinta ni..boleh la tulis apa yang patut kan.. masa cuti di kampung hari tu, aku banyak habiskan masa di rumah..yup.. menjaga adikku yang sedang baru nak belajar berjalan tu..dah setahun lebih umur dia..rasanya baru sekejap jer emak aku mengandungkannya huhuh.. emak seperti biasa sibuk dengan tugasnya iaitu berniaga di warung, abah dengan kerja officenya..adik aku yang lelaki tu sekolah dan adik aku yang perempuan tu pulak dah kerja sambilan disalah sebuah sekolah di tempat aku..so tinggal la aku sorang dengan budak kecik tu.. aku banyak habiskan masa di rumah dengan makan..tengok tv..,pastu makan..pastu tengok tv balik.. itulah rutin aku kalau cuti di rumah..mana badan tak naik.. tapi yang bagusnya biler aku ada kat rumah..ringan sikit beban family aku..yela, ada orang tolong kemas rumah, basuh kain..buai dan jaga adik aku yang kecik tu... si tak perlulah mak aku rushing2 balik..pastu kena masak plak.. sian plak aku tengok dia.. insyaallah emak..kalau ada rezeki, ijat (aku) dah kerja best-best nanti..ijat belikan emak kerusi urut yang macam dekat shooping komplek tu..so lepas penat berniaga..leh la lepak kena urut kat kerusi tu k.. insyallah. 




Thursday, November 3, 2011

Memilih

"awak tu yang memilih sangat"
'ukur baju dibadan sendiri"
"dah ada orang nak..ko terima jela"

itulah diantara ayat-ayat yang aku terima jika aku cakap yang aku masih belum terima orang yang suka dan ada perasaan dekat aku.. apabila bercakap memang senang, kita terima orang itu seadanya, kita jangan memilih sangat teman hidup, kita pon bukan perfect sangat..sambutlah cinta dia.. aduh..memang senang untuk kita kata "yes saya terima awak..i love u sayang" dekat telinga dia..tapi nanti nak ke ayat tu bertukar menjadi "yes!! i hate u"?? jika kita bercinta atau berkasih dengan orang,..biar hati kita ikhlas menerima orang tersebut.. bukan sebab simpati padanya.. saya selalu ingat kata seorang teman saya yang selalu saya ceritakan kisah ini padanya.. dia kata," jika hati tidak suka, lupakan saje..jangan fikirkan sangat.. buat seperti biasa.. masalah kecil jangan sampai jadi besar.. " apa yang dia katakan itu, ada benarnya..kita buat biasa saja..jangan mainkan lagi perasaan mereka yang mengharapkan cinta kita.. just friend ok.. tak lebih dari itu.. itu namanya mempermainkan hati perempuan ke? saya rasa tidak.. kita berhak untuk memilih.. tak salah jika suka seseorang..namun bukan memaksa seseorang untuk menerima cinta kita.. soal perasaan bukan boleh dibuat main-main. saya berharap satu hari nanti.. saya temui seseorang yang betul-betul saya ikhlas untuk mencintainya dan menjadi suri hidup saya.. maaf kepada mereka yang mungkin pernah saya buat terkecil hati or sedih..bukan niat saya untuk bersikap begitu.. insyaallah anda semua boleh temui yang terbaik dari saya.