Tiga tahun meninggalkan ruangan ini, ingatkan dah lupa password nak bukak..last-last try dua-tiga kali baru boleh. Rasanya nak kembali menulis semula sebab dah lama tinggalkan benda ni semua, aku pon dah habis study dekat setahun so masuk ruuang likup kerja ni memang sibuk dan takde masa sangat dan bila difikirkan balik..biarlah ruangan ini bernyawa dan aku boleh tulis apa yang aku suka. Siapa nak baca, bacalah..sape xnak..terpulang. :)
Thursday, May 8, 2014
Come Back!!
Tiga tahun meninggalkan ruangan ini, ingatkan dah lupa password nak bukak..last-last try dua-tiga kali baru boleh. Rasanya nak kembali menulis semula sebab dah lama tinggalkan benda ni semua, aku pon dah habis study dekat setahun so masuk ruuang likup kerja ni memang sibuk dan takde masa sangat dan bila difikirkan balik..biarlah ruangan ini bernyawa dan aku boleh tulis apa yang aku suka. Siapa nak baca, bacalah..sape xnak..terpulang. :)
Thursday, June 28, 2012
Monday, March 26, 2012
Perhentian Island Memories,
salam semua.. selepas post aku pasal Kedah.. kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman dan kisah aku tetang trip atau percutian aku bersama sahabat aku di Pulau Perhentian Terengganu...walaupon aku dah banyak kali ikut trip-trip semasa belajar di UiTM ni, namun untuk trip kali ini baru aku rasakan keseronokan percutian tersebut sebab aku pergi bersama dengan sahabat-sahabat aku yang kami sudah bersama selama lebih lima tahun..satu percutian yang mengeratkan kami lagi. terima kasih to wan, radhi, daus, amir, apple, syafiq dan lead yang merancang percutian ini.. Pulau Perhentian yang kami pergi ni terletak di terengganu..so perjalanan kesana memakan masa hampir lapan jam.. namun kami mengambil masa seharian untuk sampai ke Jeti Kuala Besut akibat masalah dengan kereta yang dipandu oleh Radhi..namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan ke Pulau tersebut, apabila Sampai di Jeti..masing-masing muka penat bercampur dengan excited, yela sebab lambaian pulau tu dah memanggil-manggil hehe.. kami menaiki bot pada jam 2.00 petang menuju ke Shang Ri-La Resort yang terletak di Pulau Besar tu..
Sampai di Resort tu..kami semua berehat dan aktiviti untuk petang tersebut ialah mencuci mata di sekitar pulau.. ambik angin baru orang kata.. Resort yang kami duduk tersebut sememangnya strategik sebab dekat dengan deretan kedai makan dan juga pantai yang berhampiran..meriah sikit suasana. Mandi laut.. cari coral.. tu semua boleh buat masa kat situ.. makanan dekat situ mahal sikit..nasi goreng pon dalam harga 10 hengget,.. so nak makan pon kena pikir dua tiga kali..tapi kami bedal jer..yela kalau tak berlapar la dekat situ..
| atas bot..muka penat campur teruja. |
| cover album terbaru heheh... |
| perut tak boleh nak cover dah hahaha... |
| aktiviti first ialah snorkeling.. |
| muka semua macam mabuk laut dah hahaha |
| muka cuak sebab tertelan air masin. |
| I LOVE U GUYS!! |
Friday, March 23, 2012
Jimba!!
Salam semua!!! lama tak update blog kan?? masih ingatkan semua pada diriku ini hehehe.. bukan apa, bila dah depan pc ni..mula la buat kejer lain, main facebook la..main game la..tup..tup.. lupa yang sebenarnya blog dah lama tak update, so di pagi yang hening ni bila dah bosan, barula aku mula nak menulis sikit kat ruangan ni. aku dah semster akhir sekarang ni.. so mula sibuk dengan tugasan final iaitu kajian ilmiah atau lebih mesra dipanggil tesis.. tesis ini penting sebab nak grad kena lulus subjek ni.. aku macam biasa nak mengkaji filem animasi dan kaitkan dengan teori yang aku belajar masa kat universiti ni, ramai yang tanya kenapa aku ambik filem animasi.. jawapan dia senang jer, filem animasi atau kartun ni senang nak hadam dan juga memang minat aku tengok citer kartun ni..so nak kaji untuk tesis pon guna la citer kartun..
Awal sem jer biler belom start tesis jer, aku dah mula melancong dalam negara ni..yang bestnyer ke negeri yang aku tak pernah pergi plak.. first sekali aku join trip tempat aku praktikal dulu iaitu TVi (Astro 180) aku bersama dengan staff TVi semua telah ke kedah dan juga menghadiri kenduri kawen salah seorang staff ni..seronok jugaklah sbb jejalan dengan abang-abang dan kakak- kakak yang sempoi habis.. satu kedah kitorang round..siap aku n kawan aku karok satu lagu utk depa semua huhuh.. malu wei.. apa pon perjalanan tersebut sememangnya seronok..insyaallah jika ada masa kita jumpa lagi.
![]() |
| Team-Team TVi yang sempoi.. |
![]() | |
| Di Pekan Rabu Bersama abang Nazir n Abang Aizat. |
Sunday, February 26, 2012
Pendam.
Pendam -Shahir
Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta
kenapa aku suka post lirik lagu semenjak dua menjak ni?? sbb kadang-kadang lirik satu-satu lagi memang kena dengan diri kita.. for me lagu itu adalah luahan perasaan kita.. dengar, hayati dan juga kita boleh ambil motivasi dari lirik lagu tersebut.. itu sebab kadang-kadang orang yang tengah sedih, frust atau kecewa sbb cinta or masalah lain suka dengar lagu sedih..ada juga yang dengar lagu rancak untuk hiburkan hati..terpulang pada kita klau nak dengar yang mana satu..yang penting semoga terubat perasaan kita tersebut. ok salam...
Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta
kenapa aku suka post lirik lagu semenjak dua menjak ni?? sbb kadang-kadang lirik satu-satu lagi memang kena dengan diri kita.. for me lagu itu adalah luahan perasaan kita.. dengar, hayati dan juga kita boleh ambil motivasi dari lirik lagu tersebut.. itu sebab kadang-kadang orang yang tengah sedih, frust atau kecewa sbb cinta or masalah lain suka dengar lagu sedih..ada juga yang dengar lagu rancak untuk hiburkan hati..terpulang pada kita klau nak dengar yang mana satu..yang penting semoga terubat perasaan kita tersebut. ok salam...
Sunday, February 12, 2012
Sedetik Lebih"
Aku tau lagu ni dah basi..dah tahap bosan pon dengar, tapi bagi aku lirik dan melodi lagu ini sentiasa melekat di jiwa aku, kenapa?? kerana ia sesuai dengan apa yang aku alami pada waktu ini.. ia tentang meluahkan perasaan cinta, sayang dan juga kasih pada orang yang kita perlukan..ia sentiasa ada dalam diri setiap manusia yang bercinta. Lagu ini betol-betol sesuai untuk kekasih atau sesiapa sahaja yang kita sayang..
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Saturday, February 11, 2012
Coretan ringkas.
Aku nak kau ada
bila aku ketawa dan juga kecewa
aku nak kau ada
bila aku ingin bertanya
soalan tentang cinta dan manusia
Aku nak kau ada
Aku nak kau bertanya
Apa yang Kau rasa
Apa yang pinta
aku nak kau ada
Sunday, January 1, 2012
Tahun Baru Tentang Sahabat.
Catatan awal tahu..2012, selamat datang ke ke dalam kehidupan aku, setelah setahun 2011 menemani diri ini. banyak yang berlaku, tercipta dan juga tercetus pada tahun tersebut..ada yang begitu sakit aku nyatakan..ada yang begitu gembira aku khabarkan..namun itu semua dikatakan sebagai perencah dalah kehidupan setahun tersebut. Alhamdulillah, tahun ini aku akan bergelar graduan (Insyaallah) dan aku akan masuk ke dalam sebuah dunia perkerjaan pula sebelum aku menyambung ke peringkat yang lebih tinggi..tahun ini genap jugalah persahabatan aku bersama mereka,mereka yang banyak memberikan aku sebuah kehidupan yang berharga semasa aku jauh dari keluarga antaranya
Mohd Izwan (Wan), Abang Rhadi, Amir, Daus, Akash dan juga sahabat-sahabat yang lain kerana menjadi seorang sahabat yang begitu aku percayai, banyak memberitahu aku tentang kekuatan dalam menempuh kehidupan, tentang kepercayaan dalam diri dan juga keyakinan aku, luahan aku bila ada masalah....terima kasih sahabat, menjadi seorang yang begitu percaya pada aku, tentang kebolehan aku.. tentang apa yang aku nak buat..kalian sentiasa menyokong walaupun kadang-kadang minat kita berbeza. aku banyak melihat dia dan juga belajar dari sikap kamu semua yang diam-diam berisi dan menjadi sahabat yang begitu pintar dalam merencana sebuah kehidupan.. semoga tahun ini persahabatan kita tetap utuh.Amin..
Tuesday, December 20, 2011
Tolong
Aku makin malas dalam kehidupan aku di kampus ni.. kenapa ye?? asiment semakin malas nak buat, buat kerja bertangguh-tangguh, makin malas dengan tanggugjawab aku..ermm.. aku masih mencari punca sebenar aku begini., jika dilihat dahulu situasi aku sekarang..aku tidak semakin malas begini.. adakah sekeliling aku ini menjadi punca kepada apa yang menyebabkan aku malas..aku tau tanggugjawab aku disini.. belajar untuk membalas jasa kedua orang tua ku..belajar untuk aku mendapatkan jawatan yang baik semasa bekerja.. tapi aku rasa semakin hari..tanggugjawab itu aku terlupa..tolonglah ingatkan aku kembali dan tolonglah kembalikan insan yang bernama Aizat ini supaya seperti dahulu semula... sebelum aku tewas di tengah jalan.....
Wednesday, December 14, 2011
Heart
Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri ini sendiri.
-Kredit To ILUVISLAM-
Thursday, December 8, 2011
Tuesday, December 6, 2011
100% Gempakstarz event.
| bersama patung karakter Wasabi |
| inilah pelikis karakter wasabi tu..iaitu Keith!!! |
| pentas utama event Gempakstarz |
| bersama Zint!!! pelukis komik Under 18 |
| autograph yg Zint hasilkan khas untuk aku huhuhuhuh |
| with Kouru (pelukis komik Mad Maiden) |
| teman yang berkongsi minat yang sama (Suraya) |
Thursday, November 24, 2011
Ketua
salam semua.. lama tak menyinggah di laman blog ini..walaupun sudah lama tidak menulis, tetapi setiap hari aku masih melawat blog kesayangan aku ini untuk aku tatapi dengan rasa bangga kerana aku berjaya meluahkan segala isi hati dan juga segala apa yang aku rasa dilaman ini. namun untuk aku menulis secebis kata masih belum ada kemampuan lagi untuk hari-hari sebelumnya kerana kesibukan dan juga mood yang masih lagi tak menentu dengan tugas-tugas yang diamanahkan. dalam minggu-minggu kebelakangan ini aku sentiasa dipenuhi dengan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanah oleh fakulti dan juga kelas kepada aku.. kadang-kadang bila fikir balik..mengapa aku terjebak dalam semua ini..mampukah aku untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ketua yang bagus di mata mereka yang berada dibawah aku?? Ya Allah..aku berasa bersalah jika aku tidak mampu untuk menjalankan tugas yang diberikan olehMu kepada ku... tapi apakan daya..aku harus teruskan dengan apa yang aku ada sekarang.. aku harus kuat..tabah, sentiasa positif untuk aku menjadi hebat seperti mereka sebagai ketua..Insyaallah.
Saturday, November 12, 2011
tak suka iklan
masa dok layan citer yang best n kadang-kadang bosan punya citer kat tv..aku terganggu dengan beberapa jenis iklan komersial yang ada kat siaran tu..entahla..dari dulu lagi aku cukup benci dengan iklan kecantikan, syampu rambut dan ntah benda lagi lah..bagi aku tak logik langsung semua iklan-iklan tu..menipu orang jer kejernya...asyik-asyik tunjuk model perempuan cantik pastu kata yang produk dorg tu berkesan..perempuan yang jadi model tu plak..ada yang ntah datang dari mana.. aku pernah belajar subjek marketing kat universiti, si pensyarah aku kata yang iklan ni memang menipu..tapi itu salah satu dari marketing dorang untuk menarik pelanggan..so bagi mereka yang terpengaruh dengan iklan tu..akan beli produk tersebut.. tu apa yang pensyarah aku kata..tapi kadang-kadang ada iklan yang berjaya menarik perhatian gak dan membuatkan aku ni pon terpengaruh gak..tapi tak semua la.. aku pernag terfikir yang kadang-kadang iklan ni pon menggunakan kanak-kanak untuk tarik hati orang yang tengok..contoh macam iklan makanan ringan yang tak berkhasiat, ni buatkan kanak-kanak terpengaruh.. aku dah sedar benda ni lama dah..rasa macam dorg dah eksplotasi budak-budak yang berlakon iklan tu dengan menyuruh mereka berlakon bahawa produk makanan dorang tu terbaik.. pepon tak semua iklan tu tak bagus..ada iklan kat tv tu yang memberikan iktibar dan juga pengajaran pada kita..terpulang pada orang yang menonton tu untuk faham apa yang disampaikan...
Family.
assalamualaikum semua..apa khabar, lama dah tak update blog ni huhuhu..yela sibuk ngan tugas harian sebagai pelajar yang tak sudah-sudah, pastu cuti Raya Haji plak..so balik kampung dah tak boleh online..xde internet. so biler dah balik Shah Alam yang tercinta ni..boleh la tulis apa yang patut kan.. masa cuti di kampung hari tu, aku banyak habiskan masa di rumah..yup.. menjaga adikku yang sedang baru nak belajar berjalan tu..dah setahun lebih umur dia..rasanya baru sekejap jer emak aku mengandungkannya huhuh.. emak seperti biasa sibuk dengan tugasnya iaitu berniaga di warung, abah dengan kerja officenya..adik aku yang lelaki tu sekolah dan adik aku yang perempuan tu pulak dah kerja sambilan disalah sebuah sekolah di tempat aku..so tinggal la aku sorang dengan budak kecik tu.. aku banyak habiskan masa di rumah dengan makan..tengok tv..,pastu makan..pastu tengok tv balik.. itulah rutin aku kalau cuti di rumah..mana badan tak naik.. tapi yang bagusnya biler aku ada kat rumah..ringan sikit beban family aku..yela, ada orang tolong kemas rumah, basuh kain..buai dan jaga adik aku yang kecik tu... si tak perlulah mak aku rushing2 balik..pastu kena masak plak.. sian plak aku tengok dia.. insyaallah emak..kalau ada rezeki, ijat (aku) dah kerja best-best nanti..ijat belikan emak kerusi urut yang macam dekat shooping komplek tu..so lepas penat berniaga..leh la lepak kena urut kat kerusi tu k.. insyallah.
Thursday, November 3, 2011
Memilih
"awak tu yang memilih sangat"
'ukur baju dibadan sendiri"
"dah ada orang nak..ko terima jela"
'ukur baju dibadan sendiri"
"dah ada orang nak..ko terima jela"
itulah diantara ayat-ayat yang aku terima jika aku cakap yang aku masih belum terima orang yang suka dan ada perasaan dekat aku.. apabila bercakap memang senang, kita terima orang itu seadanya, kita jangan memilih sangat teman hidup, kita pon bukan perfect sangat..sambutlah cinta dia.. aduh..memang senang untuk kita kata "yes saya terima awak..i love u sayang" dekat telinga dia..tapi nanti nak ke ayat tu bertukar menjadi "yes!! i hate u"?? jika kita bercinta atau berkasih dengan orang,..biar hati kita ikhlas menerima orang tersebut.. bukan sebab simpati padanya.. saya selalu ingat kata seorang teman saya yang selalu saya ceritakan kisah ini padanya.. dia kata," jika hati tidak suka, lupakan saje..jangan fikirkan sangat.. buat seperti biasa.. masalah kecil jangan sampai jadi besar.. " apa yang dia katakan itu, ada benarnya..kita buat biasa saja..jangan mainkan lagi perasaan mereka yang mengharapkan cinta kita.. just friend ok.. tak lebih dari itu.. itu namanya mempermainkan hati perempuan ke? saya rasa tidak.. kita berhak untuk memilih.. tak salah jika suka seseorang..namun bukan memaksa seseorang untuk menerima cinta kita.. soal perasaan bukan boleh dibuat main-main. saya berharap satu hari nanti.. saya temui seseorang yang betul-betul saya ikhlas untuk mencintainya dan menjadi suri hidup saya.. maaf kepada mereka yang mungkin pernah saya buat terkecil hati or sedih..bukan niat saya untuk bersikap begitu.. insyaallah anda semua boleh temui yang terbaik dari saya.
Sunday, October 30, 2011
- jar of Heart-
Pernah dengar lagu ini?? sebuah lagu yang menyentuh perasaan dan juga lirik yang terbaik. ada dua versi. versi originalnya yang ini iaitu dari penyanyinya Christina Perri. great song..great voice..
Christina Perri- jar of Heart-
Christina Perri- jar of Heart-
ini pulak adalah versi cover song dari Sam Tsui yang tidak asing lagi dalam menyanyikan lagi cover song.. suaranya memang terbaik..bila la dia nak buat full album kan??? takkanlah asyik nyanyi lagu cover jer cik abang sam.
-Jar Of Heart- Sam Tsui
I know I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most.
'Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most.
-Bye-
Friday, October 28, 2011
Jika Kamu di tempat aku sekarang....
Jika berada di tempat aku sekarang..macam mane kamu semua rasa? jika apa yang aku buat sentiasa tidak kena dimata mereka yang sememangnya jahil dengan erti kefahaman. jika kamu semua ditempat aku sekarang..mampu kamu berdiri tegak dan masih mampu tersenyum? jika kamu ditempat aku sekarang..mampu kamu ketawa dan masih menghiburkan kawan-kawan kamu.. aku tidak mengharapkan kamu semua menjadi diri aku sekarang..biarlah aku yang merasainya..biarlah aku yang menerima apa yang aku telah terima. aku hanya redha.. walaupun ia memang pahit dan tersangat kelat..aku berserah kepada keadaan..kepada mulut-mulut manusia yang tidak tahu menjaga hati orang..hentikanlah... kamu telah menyusahkan orang lain dan mungkin membuatnya merana.
Subscribe to:
Posts (Atom)







