Sunday, November 21, 2010

Kisah Alam


Kisah alam


Seronok melihat bintang itu ketawa

Menyapa angin yang sedang terlena

Asyik dengan cerita sang purba

Terleka sekejap wahai sang bunga

Yang tumbuh duduk hidup melata


Bunga dan bulan saling memerli

Melihat awan semakin berisi

Tunggu diluah isi kebumi

Airnya dingin hingga ke gigi


Mana pergi mentari

Mana pergi bunyi-bunyi

Mana pergi sang mimpi

Mana pergi dia bidadari


Dahulu semua itu pernah berjanji

Untuk Sehidup dan semati

Tiada yang iri hati

Itu dulu,kini tiada lagi

Saturday, November 6, 2010

LoVe




baru aku sedar apa itu cinta... apa itu rindu..apa itu perasaan sayang. kadang-kadang cinta itu tak mengenal siapa pun diri anda yang sebenarnya..ia akan datang dan juga pergi mengikut apa yang dia mahu..cinta itu bergantung kepada sejauh mana hati dan juga perasaan kita kuat untuk menerimanya..itulah cinta dan aku sudah terkena dan memang benar,cinta adalah satu kuasa yang seperti magnet tarikkanya..kuasa yang hanya dapat dirasakan oleh aku.. perasaan cinta boleh datang secara perlahan-lahan dan semakin lama semakin hebat dia merebak. apatah lagi jika cinta kita itu dibalas oleh orang yang kita cinta,owh!! rasa dunia ini seperti kita yang punya..itulah hebatnya cinta..namun bagi yang tidak bernasib baik..cinta yang diberikan mugkin tidak terbalas dan juga mungkin orang yang dia cinta itu langsung tidak tahu yang kita mencintai dia. sakit memang sakit.. namun kita harus berdepan dengan segala dugaan ini..cuba selagi upaya dan juga kejar selagi terdaya... jka cinta itu terlalu jauh untuk dikejar..biarlah dia..mungkin itu bukan jodoh kita..


Saturday, October 30, 2010

Sahabat by Aizat

sahabat..satu perkataan yang bermakna bagi aku.. satu frasa yang memang tinggi untuk dinilai dan juga difahami. Apa beza sahabat dan keluarga?? keluarga adalah yang utama dan sahabat adalah yang kedua.. so selepas keluarga adalah sahabat.. aku sebenarnya banyak berkongsi rahsia dan sedih aku dengan sahabat.. biarlah keluarga aku melihat aku dengan gembira tanpa apa-apa rahsia.. aku rasa nikmat sahabat itu dah mula sebati dalam diri aku ni..aku berubah kerana sahabat..aku rasa bebas kerana sahabat. kadang-kadang aku rasa aku terlalu bergantung kepada mereka... terlalu mengharap kepada mereka untuk bersama dengan aku..aku faham..kadang-kadang mereka ada hidup mereka sendiri.. mereka bukan sahabat aku sorang saja tetapi beribu lagi sahabat mereka.. tak kisahlah..yang penting apa yang kita kongsi ini selalu ada.. Maafkan aku sahabat kerana kadang-kadang diri aku ini membuatkan kamu semua susah..aku tak bermaksud apa-apa..cuma ingin berkongsi rasa.

Wednesday, October 13, 2010

HaRus kUmiLikI

Harus miliki

Harus kumiliki harus kujalani

Perjalanan yang penuh berduri

Biar mereka kata,ku insan yang tewas

Tapi ku tak pernah puas,mengejar semuanya

Dalam hidup ini,berdiri bukannya berlari

Mengejar bukannya bermimpi

Menangis bukan meratapi

Bukan tak ingin berkongsi

Bukan tak ingin bercerita

Tapi takut memakan diri

Tentang siapa diri aku ini

Puas mencari siapa pengganti

Walau sampai ke lubuk hati

Tidak sama empunya diri

Biarlah kisah menyelubungi diri

Jaga-jaga permainan hati

Silap langkah tertusuk duri.

Nurkilan: Aizat Azam

Tuesday, October 12, 2010

BuNtU.

  1. pelik...buntu...keliru??
  2. Adakah cinta dan perasaan itu boleh disorokan??
  3. adakah hati boleh cakap lain..tapi mulut berkata lain??
  4. cinta datang tiba-tiba atau dia datang secara suka-suka??
  5. luahkan cinta dengan perlakuan atau perkataan??
  6. sahabat atau kekasih??
  7. memaksa cinta??
  8. bodoh kerana cinta???
  9. mana betul?ikut hati atau ikut keadaan??
  10. rindu atau cemburu?? bagus atau tak??