Thursday, February 17, 2011

"dia"

berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..hanya pada Mu aku memohon supaya aku boleh berdiri dengan lebih selesa dan juga berjaya hidup dan bernafas dengan ruang yang secukupnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Aku pelik..selama empat tahun aku dibayangi oleh "dia",aku masih lagi mampu untuk tersenyum dan juga dapat apa yang aku impikan walaupun tidak semuanya tertunai... "dia" begitu hebat dimataku.."dia" sangat bermakna dalam hidup aku walaupun aku hanya mampu mengecapi nikmat dan juga keindahan itu hanya beberapa ketika sahaja,tetapi aku percaya..aku masih lagi ada keistimewaan di mata "dia".

aku berasa bertuah mengenalinya dan juga berasa bangga secara tidak langsung kerana aku berjaya menjadi sebahagian dalam hidup "dia" sebelum keistimewaan aku itu dirampas oleh manusia-manusia lain.. aku tidak tahu sampai bila aku harus dibayangi oleh "dia"..aku tau "dia" langsung tidak sedar bahawa aku masih lagi mengangap bahawa dia yang istimewa di hati ini..setiap saat nafas,langkah,tidur,gembira.sedih dan juga hidup aku..aku sentiasa memikirkan "dia" ..percayalah bahawa tiada yang lain dapat keistimewaan itu seperti "dia". aku cuma berharap supaya 'dia" sedar bahawa aku masih lagi memerlukanya..masih lagi mengharapkan sokonganya...

Monday, February 14, 2011

Ruang





Adakah ruang yang diberi untuk aku berfikir tentang masa hadapan dan juga kehidupan terlalu singkat dan juga sempit.  Adakala aku tiada masa untuk memikirkan tentang masa hadapan walaupun ramai yang kata bahawa masa hadapan itu penting kerana masa hadapan penentu kepada kejayaan kita pada masa sekarang.. entahlah,mungkin  ruang  yang telah diberikan untuk aku memikirkanya tidak aku gunakan dengan sebaik mungkin.  Aku percaya kepada takdir, mampukah kita untuk mengubah takdir ?? hanya  ‘Dia’ sahaja yang mengetahuinya..kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan menentukan hala tuju hidup ini..baik atau jahat.

Sunday, January 23, 2011

MeLatIH uNTuk DiLaTiH

Assalamualaikum semua.. pertengahan bulan januari ini semakin banyak tugas dan juga “masalah” yang datang dan pergi..”masalah” lama dan baru silih berganti.. so dengan kudrat yang kecil dan juga sedikit pertolongan, aku mampu untuk menyelesaikanya. Terima kasih semua. Minggu ni aku sibuk dengan aktiviti yang melibatkan disiplin dan juga kemahiran komunikasi dengan manusia.. ya komunikasi untuk bertemu dan melatih ahli-ahli baru yang akan menggantikan tampuk kepimpinan fakulti dimana tempat aku menuntut ilmu iaitu FACT (nama penuh dia,cari sendiri bagi yang tak tahu k J ) kelazz...aku menjadi seperti seorang fasilitator yang akan menguruskan adik-adik yang dikira setahun jagung ini (heheh jangan marah ) untuk menjadi seorang pemimpin persatuan yang baik. Jika dikira dari pengalaman dan juga komitment,aku bukanlah calon yang sesuai untuk melatih dan memantau mereka ini.tetapi atas dasar tanggungjawab dan juga ingin mencuba benda baru..aku cuba dan semakin hari rasa seronok pon ada..selain dapat menambah kenalan dan juga rakan di FB .. aku juga semakin mahir untuk berucap di hadapan orang ramai walaupun kadang-kadang perasaan malu dan cakap tersasul itu masih ada..yang penting aku mencuba dan bukan untuk expose diri ok..

Sunday, January 16, 2011

salam semua.. ini merupakan post pertama untuk tahun ini,tahun 2011. sudah lama tidak menjeguk kedalam laman ini.laman yang tidak seberapa hebat dan tidak segah laman-laman blog yang lain heheh.. kadang-kadang aku rasa malas untuk menulis di blog ni,bukan apa cuma mood itu mempengaruhi fikiran dan juga idea apa yang ingin ditulis. insyaallah 2011 ini diharapkan akan menjadi titik mula untuk aku berjaya mengapai apa yang aku mahukan dan juga mengubah "mood" negatif ini untuk lebih rajin lagi kan..

Saturday, December 18, 2010

why??

bosan!!!
makin hari aku rasa apa yang aku kejar semakin jauh

why??

entah..aku belum mampu mengapai apa itu impian kau..
semua yang aku nak..aku takut nak capai..

why??

aku belum bersedia,,ahh..belum bersedia cuma alasan..

why??

sebab aku ni penakut..takut pada risiko dan dugaan

why??

risiko dan dugaan itu menyakitkan.

why??

aku pernah rasa macam mana sakitnya perkara itu.

Saturday, November 27, 2010

Bruno Mars - Just The Way You Are [Official Video]




"When I see your face
theres not a thing that I would change
Cuz ur amazing
Just the way you are

And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
Cuz girl ur amazing
Just the way you are"

Thursday, November 25, 2010

Kehidupan


tamat sudah program untuk semester ini.. dan juga berakhirnya sesi aku di semester 3.. cepat sungguh masa berlalu,pantas,kejam dan juga sentiasa mahukan kita mengejar masa tersebut..betul kata orang "masa itu emas". sem ini banyak mengajar aku erti kesabaran,tanggungjawab, kesedihan, cemburu dan juga pelbagai lagi rasa yang aku alami. ia menuntut aku supaya bertindak "cerdik" bukan "bodoh". kawan-kawan kata aku sentiasa berfikir negatif.ya kadang-kadang negatif itu ada benarnya,negatif itu terjadi kerana bersebab dan bukan kerana datang secara tiba-tiba. insyaallah aku akan cuba "sepositif" yang mungkin supaya aku tidak dilabelkan sebagai "gila". sikap aku mungkin gila..tapi gila yang bersebab hahahaha.. disini aku ingin merumuskan apa yg ada pada aku untuk tahun ini...

Persahabatan
seperti biasa..ada pasang surutnya. Alhamdulillah aku dikeliling sahabat dan juga insan yang baik,mereka banyak membantu aku.. orang kata ramai kawan lagi bagus seperti beribu pun xpe..sebenarnya mencari kawan itu senang tetapi mencari sahabat itu seharusnya berhati-hati. Terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang faham dan terus setia dgn aku walaupun kdg2 aku ini agak memboringkan.. mereka inilah yang istimewa di hati aku ini selepas keluarga. aku harap persahabatan yang dibina akan terus kekal..jika ada salah yang aku buat..betulkan lah,jika aku menyinggung perasaan kamu..beritau..Insyaallah..aku akan mencari jalan penyelesaian..maaf jika aku tidak dapat puaskan hati semua..aku bukan "malaikat" aku cuma manusia biasa yang ingin bersahabat..

Love
hahahha...gelak aku biler mendengar perkataan ini..Love (cinta). aku memang mencari cinta ini..cinta yang ikhlas..romantik...dan juga suci hehhee.. buat masa ini aku cinta aku untuk Allah S.W.T, keluarga,sahabat dan sesiapa saja yang layak untuk aku cintai..tapi untuk pasangan hidup.. aku masih belum jumpa..belum temui pasangan yang benar-benar buat aku rasa untuk mencintainya.. aku bukan 'sesuatu" seperti kata-kata orang..cuma aku masih belum jumpa lagi.. aku sedar yang aku bukan layak untuk membuat pilihan..siapalah aku kan??? tapi cinta itu perlu ada pilihan dan bukan sebarangan... biar ihklas.. ya..aku akan menemuinya satu hari nanti.. saya akan temui cinta itu..Insyaalah.