Friday, October 28, 2011

Jika Kamu di tempat aku sekarang....

Jika berada di tempat aku sekarang..macam mane kamu semua rasa? jika  apa yang aku buat sentiasa tidak kena dimata mereka yang sememangnya jahil dengan erti kefahaman. jika kamu semua ditempat aku sekarang..mampu kamu berdiri tegak dan masih mampu tersenyum? jika kamu ditempat aku sekarang..mampu kamu ketawa dan masih menghiburkan kawan-kawan kamu.. aku tidak mengharapkan kamu semua menjadi diri aku sekarang..biarlah aku yang merasainya..biarlah aku yang menerima apa yang aku telah terima. aku hanya redha.. walaupun ia memang pahit dan tersangat kelat..aku berserah kepada keadaan..kepada mulut-mulut manusia yang tidak tahu menjaga hati orang..hentikanlah... kamu telah menyusahkan orang lain dan mungkin membuatnya merana.

Thursday, October 13, 2011

The Secret Life Of Nora

 semalam aku telah pergi menonton teater terbitan infiniti Vision Media iaitu teater The Secret Life Of Nora yang sebelum ini telah berjaya mementaskan sebuah teater Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya. Ini merupakan sebuah teater yang berskala besar pertama tahun ini yang aku tonton..itupun setelah mendapat tiket "tajaan" dari fakulti. Sebelum menonton seperti biasa aku membaca sedikit review uttuk memudahkan aku menghayati dan mencari dimana hebat dan juga gahnya tetaer ini.. disini sedikit review atau pandangan aku tentang teater ini yang dikatakan sebagai sebuah teater tontonan wajib tahun ini..jangan ambik peduli sangat ok apa yang aku tulis ni..ni ialah cuma pandangan aku yang masih tak cukup ilmu ini untuk menyuarakan sedikit pendapat..katanya...

      Yang Best!!
  •   Opening yang menarik dan juga penuh warna warni yang mengambarkan sebuah pusat hiburan yang dipenuhi gadis-gadis cantik.. membuatkan penonton mula bertepuk tangan. Nora muncul untuk pertama kalinya.
  • penari latar dan juga pelakon tambahan yang memenuhi pentas kebanyakannya mampu memberikan satu lakonan yang terbaik..bukan hanya sekadar duduk atas stage jer...
  • lakonan Adibah Nor dan juga yang juga memegang watak Betty telah memberikan satu tahap lakonan yang terbaik..cayalah!!
  • rekaan set yang begitu hebat dan juga canggih telah memberikan satu lagi kemajuan dalam bidang teater..dimana set tersebut seakan-akan anda sedang menonton sebuah filem. satu pujian untuk mereka yang telah mereka bentuk set...
  • vokal dan tarian para pelakon terbaik!!!
  • ada penampilan khas Abang Mamat Khalid..nak tau watak pe?? kena gi tonton sendiri..terbaik!!!

Kurang Best!!
  • Lgu-lagu yang dimainkan kurang menangkap halwa telinga..cuma beberapa lagu sahaja yang berjaya menarik perhatian.
  • terdapat beberapa babak nyayian dan monolog pelakon utama lelaki semasa babak melatih Nora untuk menjadi spy seakan-akan meleweh-leweh..rasanya klau xde pon babak monolog dan nyanyian  tu..tidak mencacatkan jalan cerita kot...
  • jalan cerita yang sedikit longgar.. mungkin kerana ini adalah untuk format teater dan bukanya filem.. jadi sedikit terbatas disitu untuk menguatkan lagi jalan cerita.
  • ending dia sangat-sangat biasa...

 ini hanyalah pandangan sahaja..bukan untuk ilmiah ok..pepon tahniah kepada Tiara Jacquelina kerana telah membawa sebuah teater yang hebat untuk tontonan semua. nanti kalau ada tiket tajaan,kita tonton lagi ok heheh...(mengharap).





Monday, October 3, 2011

reserved but nothing....


menangis pun tiada gunanya..hanya merosakan lagi jiwa dan perasaan yang telah sekian lama dirosakkan..aku harus tersenyum.. menunggu keajaiban yang datang sepertimana aku sabar untuk menunggu keajaiban itu bertahun-tahun yang dulu.. aku menyesal kerana telah terjebak dalam perasaan ini, aku pun tidak mahu ia berlaku..tapi sudah terlambat.. takdir dan juga masa yang telah menemukan kita.. jangan salahkan takdir dan masa tapi salahkan perasaan aku ini.. aku tidak dapat lari dari kebenaran..setiap langkah dan juga senyuman aku penuh dengan "kesalahan" itu.. tapi biarlah orang hanya berteka-teki apa yang sedang aku alami..mereka tidak faham.. hanya aku dan perasaan aku yang mengerti.. ramai lagi yang menangis seperti aku..malah lagi teruk..aku harus bersyukur aku tidak seteruk itu.. malah aku masih lagi boleh berjenaka, tersenyum malah aku boleh lagi berperangai seperti bodoh-bodoh alang.. itulah aku.. 

jangan kata perit itu manis... kerana perit tidak ada manisnya....tapi manis itu boleh menjadi perit.. dalam sekelip mata, berhati-hati dengan kata-kata kerana pasti padah juga yang ada.

Thursday, September 29, 2011

Semoga Panjang Umur.


Alhamdulillah.. melangkah lagi ke satu fasa umur yang baru, semakin hari semakin bertambah tanggungjawab yang harus dipikul.. insyaallah.

Sunday, August 7, 2011

GooDbYE

Goodbye semua.. segala kenangan semasa bekerja dan juga menimba pengalaman disini memang tidak akan boleh dilupakan.. kenangan yang mungkin terjadi sekali dalam seumur hidup.. segala tunjuk ajar,segala makan minum diharap dapat dihalalkan k.. perkenalan kita dalam semua adalah dalam masa yang singkat. insyaallah jika ada masa kita akan ketemu lagi semua. terima kasih kepada semua warga TVi (astro 180)!!

Saturday, July 2, 2011

secebis sisa.

melalui hari-hari yang dahulu..membuatkan terasa seperti ingin membeli sebuah mesin merentas masa dan aku ingin kembali ke waktu itu dan aku perbaiki semula segala apa yang telah aku cetuskan dulu.. aku akan hayati masa itu dengan sepenuhnya.. dengan ini aku berharap semoga mesin merentas masa itu wujud..namun itu hanya angan-angan.. masa tetap masa.. kenangan tetap kenangan..ia hanya akan disimpan didalam hati dan juga kotak fikiran kita sebagai manusia. apa yang perlu dilalui adalah kisah pada masa kini..kisah melalui kesan pada masa dahulu.. jika ada yang berubah..baikinya dan kembalikan kisah itu seperti dulu..jika tidak mampu untuk memperbaikinya, cukuplah sekadar percaya bahawa.. masa itu sudah berlalu, masa sekarang yang kita kena dahulukan.. teruskan menikmati sisa-sisa kenangan yang ada..sambil cuba cetuskan kembali rasa itu seperti masa lalu.