masa dok layan citer yang best n kadang-kadang bosan punya citer kat tv..aku terganggu dengan beberapa jenis iklan komersial yang ada kat siaran tu..entahla..dari dulu lagi aku cukup benci dengan iklan kecantikan, syampu rambut dan ntah benda lagi lah..bagi aku tak logik langsung semua iklan-iklan tu..menipu orang jer kejernya...asyik-asyik tunjuk model perempuan cantik pastu kata yang produk dorg tu berkesan..perempuan yang jadi model tu plak..ada yang ntah datang dari mana.. aku pernah belajar subjek marketing kat universiti, si pensyarah aku kata yang iklan ni memang menipu..tapi itu salah satu dari marketing dorang untuk menarik pelanggan..so bagi mereka yang terpengaruh dengan iklan tu..akan beli produk tersebut.. tu apa yang pensyarah aku kata..tapi kadang-kadang ada iklan yang berjaya menarik perhatian gak dan membuatkan aku ni pon terpengaruh gak..tapi tak semua la.. aku pernag terfikir yang kadang-kadang iklan ni pon menggunakan kanak-kanak untuk tarik hati orang yang tengok..contoh macam iklan makanan ringan yang tak berkhasiat, ni buatkan kanak-kanak terpengaruh.. aku dah sedar benda ni lama dah..rasa macam dorg dah eksplotasi budak-budak yang berlakon iklan tu dengan menyuruh mereka berlakon bahawa produk makanan dorang tu terbaik.. pepon tak semua iklan tu tak bagus..ada iklan kat tv tu yang memberikan iktibar dan juga pengajaran pada kita..terpulang pada orang yang menonton tu untuk faham apa yang disampaikan...
Saturday, November 12, 2011
Family.
assalamualaikum semua..apa khabar, lama dah tak update blog ni huhuhu..yela sibuk ngan tugas harian sebagai pelajar yang tak sudah-sudah, pastu cuti Raya Haji plak..so balik kampung dah tak boleh online..xde internet. so biler dah balik Shah Alam yang tercinta ni..boleh la tulis apa yang patut kan.. masa cuti di kampung hari tu, aku banyak habiskan masa di rumah..yup.. menjaga adikku yang sedang baru nak belajar berjalan tu..dah setahun lebih umur dia..rasanya baru sekejap jer emak aku mengandungkannya huhuh.. emak seperti biasa sibuk dengan tugasnya iaitu berniaga di warung, abah dengan kerja officenya..adik aku yang lelaki tu sekolah dan adik aku yang perempuan tu pulak dah kerja sambilan disalah sebuah sekolah di tempat aku..so tinggal la aku sorang dengan budak kecik tu.. aku banyak habiskan masa di rumah dengan makan..tengok tv..,pastu makan..pastu tengok tv balik.. itulah rutin aku kalau cuti di rumah..mana badan tak naik.. tapi yang bagusnya biler aku ada kat rumah..ringan sikit beban family aku..yela, ada orang tolong kemas rumah, basuh kain..buai dan jaga adik aku yang kecik tu... si tak perlulah mak aku rushing2 balik..pastu kena masak plak.. sian plak aku tengok dia.. insyaallah emak..kalau ada rezeki, ijat (aku) dah kerja best-best nanti..ijat belikan emak kerusi urut yang macam dekat shooping komplek tu..so lepas penat berniaga..leh la lepak kena urut kat kerusi tu k.. insyallah.
Thursday, November 3, 2011
Memilih
"awak tu yang memilih sangat"
'ukur baju dibadan sendiri"
"dah ada orang nak..ko terima jela"
'ukur baju dibadan sendiri"
"dah ada orang nak..ko terima jela"
itulah diantara ayat-ayat yang aku terima jika aku cakap yang aku masih belum terima orang yang suka dan ada perasaan dekat aku.. apabila bercakap memang senang, kita terima orang itu seadanya, kita jangan memilih sangat teman hidup, kita pon bukan perfect sangat..sambutlah cinta dia.. aduh..memang senang untuk kita kata "yes saya terima awak..i love u sayang" dekat telinga dia..tapi nanti nak ke ayat tu bertukar menjadi "yes!! i hate u"?? jika kita bercinta atau berkasih dengan orang,..biar hati kita ikhlas menerima orang tersebut.. bukan sebab simpati padanya.. saya selalu ingat kata seorang teman saya yang selalu saya ceritakan kisah ini padanya.. dia kata," jika hati tidak suka, lupakan saje..jangan fikirkan sangat.. buat seperti biasa.. masalah kecil jangan sampai jadi besar.. " apa yang dia katakan itu, ada benarnya..kita buat biasa saja..jangan mainkan lagi perasaan mereka yang mengharapkan cinta kita.. just friend ok.. tak lebih dari itu.. itu namanya mempermainkan hati perempuan ke? saya rasa tidak.. kita berhak untuk memilih.. tak salah jika suka seseorang..namun bukan memaksa seseorang untuk menerima cinta kita.. soal perasaan bukan boleh dibuat main-main. saya berharap satu hari nanti.. saya temui seseorang yang betul-betul saya ikhlas untuk mencintainya dan menjadi suri hidup saya.. maaf kepada mereka yang mungkin pernah saya buat terkecil hati or sedih..bukan niat saya untuk bersikap begitu.. insyaallah anda semua boleh temui yang terbaik dari saya.
Sunday, October 30, 2011
- jar of Heart-
Pernah dengar lagu ini?? sebuah lagu yang menyentuh perasaan dan juga lirik yang terbaik. ada dua versi. versi originalnya yang ini iaitu dari penyanyinya Christina Perri. great song..great voice..
Christina Perri- jar of Heart-
Christina Perri- jar of Heart-
ini pulak adalah versi cover song dari Sam Tsui yang tidak asing lagi dalam menyanyikan lagi cover song.. suaranya memang terbaik..bila la dia nak buat full album kan??? takkanlah asyik nyanyi lagu cover jer cik abang sam.
-Jar Of Heart- Sam Tsui
I know I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most.
'Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most.
-Bye-
Friday, October 28, 2011
Jika Kamu di tempat aku sekarang....
Jika berada di tempat aku sekarang..macam mane kamu semua rasa? jika apa yang aku buat sentiasa tidak kena dimata mereka yang sememangnya jahil dengan erti kefahaman. jika kamu semua ditempat aku sekarang..mampu kamu berdiri tegak dan masih mampu tersenyum? jika kamu ditempat aku sekarang..mampu kamu ketawa dan masih menghiburkan kawan-kawan kamu.. aku tidak mengharapkan kamu semua menjadi diri aku sekarang..biarlah aku yang merasainya..biarlah aku yang menerima apa yang aku telah terima. aku hanya redha.. walaupun ia memang pahit dan tersangat kelat..aku berserah kepada keadaan..kepada mulut-mulut manusia yang tidak tahu menjaga hati orang..hentikanlah... kamu telah menyusahkan orang lain dan mungkin membuatnya merana.
Thursday, October 13, 2011
The Secret Life Of Nora
semalam aku telah pergi menonton teater terbitan infiniti Vision Media iaitu teater The Secret Life Of Nora yang sebelum ini telah berjaya mementaskan sebuah teater Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya. Ini merupakan sebuah teater yang berskala besar pertama tahun ini yang aku tonton..itupun setelah mendapat tiket "tajaan" dari fakulti. Sebelum menonton seperti biasa aku membaca sedikit review uttuk memudahkan aku menghayati dan mencari dimana hebat dan juga gahnya tetaer ini.. disini sedikit review atau pandangan aku tentang teater ini yang dikatakan sebagai sebuah teater tontonan wajib tahun ini..jangan ambik peduli sangat ok apa yang aku tulis ni..ni ialah cuma pandangan aku yang masih tak cukup ilmu ini untuk menyuarakan sedikit pendapat..katanya...
Yang Best!!
- Opening yang menarik dan juga penuh warna warni yang mengambarkan sebuah pusat hiburan yang dipenuhi gadis-gadis cantik.. membuatkan penonton mula bertepuk tangan. Nora muncul untuk pertama kalinya.
- penari latar dan juga pelakon tambahan yang memenuhi pentas kebanyakannya mampu memberikan satu lakonan yang terbaik..bukan hanya sekadar duduk atas stage jer...
- lakonan Adibah Nor dan juga yang juga memegang watak Betty telah memberikan satu tahap lakonan yang terbaik..cayalah!!
- rekaan set yang begitu hebat dan juga canggih telah memberikan satu lagi kemajuan dalam bidang teater..dimana set tersebut seakan-akan anda sedang menonton sebuah filem. satu pujian untuk mereka yang telah mereka bentuk set...
- vokal dan tarian para pelakon terbaik!!!
- ada penampilan khas Abang Mamat Khalid..nak tau watak pe?? kena gi tonton sendiri..terbaik!!!
Kurang Best!!
- Lgu-lagu yang dimainkan kurang menangkap halwa telinga..cuma beberapa lagu sahaja yang berjaya menarik perhatian.
- terdapat beberapa babak nyayian dan monolog pelakon utama lelaki semasa babak melatih Nora untuk menjadi spy seakan-akan meleweh-leweh..rasanya klau xde pon babak monolog dan nyanyian tu..tidak mencacatkan jalan cerita kot...
- jalan cerita yang sedikit longgar.. mungkin kerana ini adalah untuk format teater dan bukanya filem.. jadi sedikit terbatas disitu untuk menguatkan lagi jalan cerita.
- ending dia sangat-sangat biasa...
ini hanyalah pandangan sahaja..bukan untuk ilmiah ok..pepon tahniah kepada Tiara Jacquelina kerana telah membawa sebuah teater yang hebat untuk tontonan semua. nanti kalau ada tiket tajaan,kita tonton lagi ok heheh...(mengharap).
Monday, October 3, 2011
reserved but nothing....
menangis pun tiada gunanya..hanya merosakan lagi jiwa dan perasaan yang telah sekian lama dirosakkan..aku harus tersenyum.. menunggu keajaiban yang datang sepertimana aku sabar untuk menunggu keajaiban itu bertahun-tahun yang dulu.. aku menyesal kerana telah terjebak dalam perasaan ini, aku pun tidak mahu ia berlaku..tapi sudah terlambat.. takdir dan juga masa yang telah menemukan kita.. jangan salahkan takdir dan masa tapi salahkan perasaan aku ini.. aku tidak dapat lari dari kebenaran..setiap langkah dan juga senyuman aku penuh dengan "kesalahan" itu.. tapi biarlah orang hanya berteka-teki apa yang sedang aku alami..mereka tidak faham.. hanya aku dan perasaan aku yang mengerti.. ramai lagi yang menangis seperti aku..malah lagi teruk..aku harus bersyukur aku tidak seteruk itu.. malah aku masih lagi boleh berjenaka, tersenyum malah aku boleh lagi berperangai seperti bodoh-bodoh alang.. itulah aku..
jangan kata perit itu manis... kerana perit tidak ada manisnya....tapi manis itu boleh menjadi perit.. dalam sekelip mata, berhati-hati dengan kata-kata kerana pasti padah juga yang ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)

