Monday, March 26, 2012

Perhentian Island Memories,

salam semua.. selepas post aku pasal Kedah.. kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman dan kisah aku tetang trip atau percutian aku bersama sahabat aku di Pulau Perhentian Terengganu...walaupon aku dah banyak kali ikut trip-trip semasa belajar di UiTM ni, namun untuk trip kali ini baru aku rasakan keseronokan percutian tersebut sebab aku pergi bersama dengan sahabat-sahabat aku yang kami sudah bersama selama lebih lima tahun..satu percutian yang mengeratkan kami lagi. terima kasih to wan, radhi, daus, amir, apple, syafiq dan lead yang merancang percutian ini.. Pulau Perhentian yang kami pergi ni terletak di terengganu..so perjalanan kesana memakan masa hampir lapan jam.. namun kami mengambil masa seharian untuk sampai ke Jeti Kuala Besut akibat masalah dengan kereta yang dipandu oleh Radhi..namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan ke Pulau tersebut, apabila Sampai di Jeti..masing-masing muka penat bercampur dengan excited, yela sebab lambaian pulau tu dah memanggil-manggil hehe.. kami menaiki bot pada jam 2.00 petang menuju ke Shang Ri-La Resort yang terletak di Pulau Besar tu..

    
atas bot..muka penat campur teruja.
Sampai di Resort tu..kami semua berehat dan aktiviti untuk petang tersebut ialah mencuci mata di sekitar pulau.. ambik angin baru orang kata.. Resort yang kami duduk tersebut sememangnya strategik sebab dekat dengan deretan kedai makan dan juga pantai yang berhampiran..meriah sikit suasana. Mandi laut.. cari coral.. tu semua boleh buat masa kat situ.. makanan dekat situ mahal sikit..nasi goreng pon dalam harga 10 hengget,.. so nak makan pon kena pikir dua tiga kali..tapi kami bedal jer..yela kalau tak berlapar la dekat situ..
cover album terbaru heheh...

perut tak boleh nak cover dah hahaha...

aktiviti first ialah snorkeling..

muka semua macam mabuk laut dah hahaha


muka cuak sebab tertelan air masin.

I LOVE U GUYS!!

Friday, March 23, 2012

Jimba!!

Salam semua!!! lama tak update blog kan?? masih ingatkan semua pada diriku ini hehehe.. bukan apa, bila dah depan pc ni..mula la buat kejer lain, main facebook la..main game la..tup..tup.. lupa yang sebenarnya blog dah lama tak update, so di pagi yang hening ni bila dah bosan, barula aku mula nak menulis sikit kat ruangan ni. aku dah semster akhir sekarang ni.. so mula sibuk dengan tugasan final iaitu kajian ilmiah atau lebih mesra dipanggil tesis.. tesis ini penting sebab nak grad kena lulus subjek ni.. aku macam biasa nak mengkaji filem animasi dan kaitkan dengan teori yang aku belajar masa kat universiti ni, ramai yang tanya kenapa aku ambik filem animasi.. jawapan dia senang jer, filem animasi atau kartun ni senang nak hadam dan juga memang minat aku tengok citer kartun ni..so nak kaji untuk tesis pon guna la citer kartun.. 

Awal sem jer biler belom start tesis jer, aku dah mula melancong dalam negara ni..yang bestnyer ke negeri yang aku tak pernah pergi plak.. first sekali aku join trip tempat aku praktikal dulu iaitu TVi (Astro 180)  aku bersama dengan staff TVi semua telah ke kedah dan juga menghadiri kenduri kawen salah seorang staff ni..seronok jugaklah sbb jejalan dengan abang-abang dan kakak- kakak yang sempoi habis.. satu kedah kitorang round..siap aku n kawan aku karok satu lagu utk depa semua huhuh.. malu wei.. apa pon perjalanan tersebut sememangnya seronok..insyaallah jika ada masa kita jumpa lagi.

Team-Team TVi yang sempoi..

Di Pekan Rabu Bersama abang Nazir n Abang Aizat. 

Sunday, February 26, 2012

Pendam.

Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

kenapa aku suka post lirik lagu semenjak dua menjak ni?? sbb kadang-kadang lirik  satu-satu lagi memang kena dengan diri kita.. for me lagu itu adalah luahan perasaan kita.. dengar, hayati dan juga kita boleh ambil motivasi dari lirik lagu tersebut.. itu sebab kadang-kadang orang yang tengah sedih, frust atau kecewa sbb cinta or masalah lain suka dengar lagu sedih..ada juga yang dengar lagu rancak untuk hiburkan hati..terpulang pada kita klau nak dengar yang mana satu..yang penting semoga terubat perasaan kita tersebut. ok salam...

Sunday, February 12, 2012

Sedetik Lebih"


Aku tau lagu ni dah basi..dah tahap bosan pon dengar, tapi bagi aku lirik dan melodi lagu ini sentiasa melekat di jiwa aku, kenapa?? kerana ia sesuai dengan apa yang aku alami pada waktu ini.. ia tentang meluahkan perasaan cinta, sayang dan juga kasih pada orang yang kita perlukan..ia sentiasa ada dalam diri setiap manusia yang bercinta. Lagu ini betol-betol sesuai untuk kekasih atau sesiapa sahaja yang kita sayang..


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Saturday, February 11, 2012

Coretan ringkas.

Aku nak kau ada
bila aku ketawa dan juga kecewa
aku nak kau ada
bila aku ingin bertanya
soalan tentang cinta dan manusia

Aku nak kau ada
Aku nak kau bertanya
Apa yang Kau rasa
Apa yang pinta
aku nak kau ada

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru Tentang Sahabat.

Catatan awal tahu..2012, selamat datang ke ke dalam kehidupan aku, setelah setahun 2011 menemani diri ini. banyak yang berlaku, tercipta dan juga tercetus pada tahun tersebut..ada yang begitu sakit aku nyatakan..ada yang begitu gembira aku khabarkan..namun itu semua dikatakan sebagai perencah dalah kehidupan setahun tersebut. Alhamdulillah, tahun ini aku akan bergelar graduan (Insyaallah) dan aku akan masuk ke dalam sebuah dunia perkerjaan pula sebelum aku menyambung ke peringkat yang lebih tinggi..tahun ini genap jugalah persahabatan aku bersama mereka,mereka yang banyak memberikan aku sebuah kehidupan yang berharga semasa aku jauh dari keluarga antaranya 

Mohd Izwan (Wan), Abang Rhadi, Amir, Daus, Akash dan juga sahabat-sahabat yang lain kerana menjadi   seorang sahabat yang begitu aku percayai, banyak memberitahu aku tentang kekuatan dalam menempuh kehidupan, tentang kepercayaan dalam diri dan juga keyakinan aku, luahan aku bila ada masalah....terima kasih sahabat, menjadi  seorang yang begitu percaya pada aku, tentang kebolehan aku.. tentang apa yang aku nak buat..kalian sentiasa menyokong walaupun kadang-kadang minat kita berbeza.  aku banyak melihat dia dan juga belajar dari sikap kamu semua  yang diam-diam berisi dan menjadi  sahabat yang begitu pintar dalam merencana sebuah kehidupan.. semoga tahun ini persahabatan kita tetap utuh.Amin..