Saturday, July 2, 2011

secebis sisa.

melalui hari-hari yang dahulu..membuatkan terasa seperti ingin membeli sebuah mesin merentas masa dan aku ingin kembali ke waktu itu dan aku perbaiki semula segala apa yang telah aku cetuskan dulu.. aku akan hayati masa itu dengan sepenuhnya.. dengan ini aku berharap semoga mesin merentas masa itu wujud..namun itu hanya angan-angan.. masa tetap masa.. kenangan tetap kenangan..ia hanya akan disimpan didalam hati dan juga kotak fikiran kita sebagai manusia. apa yang perlu dilalui adalah kisah pada masa kini..kisah melalui kesan pada masa dahulu.. jika ada yang berubah..baikinya dan kembalikan kisah itu seperti dulu..jika tidak mampu untuk memperbaikinya, cukuplah sekadar percaya bahawa.. masa itu sudah berlalu, masa sekarang yang kita kena dahulukan.. teruskan menikmati sisa-sisa kenangan yang ada..sambil cuba cetuskan kembali rasa itu seperti masa lalu.