Thursday, December 31, 2009

AzAm



tahun baru datang lagi!! (macam iklan kotak mainan tora plak hehe),2010 telah masuk kedalam tarikh kehidupan kita,sedar tak sedar saya sudah berada di muka bumi ini sudah masuk 22 tahun,satu masa yang agak lama dan terima kasih kepada Maha Pencipta yang telah memberi peluang kepada saya untuk terus menghirup udara di bumi ini dan semoga peluang yang diberikan itu berterusanlah hendaknya..amin...

AZAM
biasanya apabila tahun baru kita akan menyebut mengenai 'azam' dan seperti biasa soalan yang saya akan terima adalah soalan klise iaitu apa azam tahun baru ni?. Bagi saya azam merupakan satu tindakan ataupun tujuan kita untuk masuk kedalam tahun yang baru ataupun boleh dikatakan sebagai matlamat yang akan kita capai apabila memasuki tahun tersebut tidak kiralah 2010 ataupun tahun 2020 nanti..tapi sampai bila kita hanya berazam tetapi tiada satu pun azam tersebut dapat dicapai oleh kita.Secara jujurnya saya juga berazam pada setiap tahun dan secara jujurnya juga saya masih lagi belum tunaikan segala azam yang dijanjikan..tetapi kita boleh berazam pada setiap hari mahupun bulan untuk mencapai apa yang kita impikan bukan hanya menunggu pada setiap tahun baru sahaja.Oleh itu 'Perubahan akan terjadi apabila kita berubah dan matlamat kan tercapai apabila perubahan itu menjadi matlamat'Fikir-fikirkanlah ok.



Monday, December 21, 2009

KaRtUn

MY NEIGHBOUR TOTORO

PRINCESS MONONOKE

HOWL MOVING CASTLE
SPIRITED AWAY
A BUG'S LIFE


Saya merupakan salah seorang peminat filem animasi,tidak kiralah buatan jepun,Korea ataupun hollywood,semasa saya kecil.seperti kanak-kanak yang lain..saya sanggup untuk meninggalkan segala urusan yang perlu saya lakukan pada waktu tersebut seperti pergi ke kelas agama dan juga bermain bersama kawan-kawan jika pada waktu tersebut ada cerita kartun yang best2.Kini saya dah melangkaui alam remaja dan boleh dikatakan sebagai seorang yang dewasa,tetapi saya tidak dapat mengikis sifat kebudak-budakan dalam diri saya terutamanya dalam meminati cerita kartun.Bagi saya umur bukan penghalang tetapi minat itu yang penting k.Diatas saya senaraikan antara filem animasi yang terhebat pernah saya tonton dan juga banyak mempengaruhi kehidupan saya pada waktu dulu dan juga sekarang dan mungkin juga anda.



*tolong jangan anggap filem animasi itu hanya untuk budak-budak.









Sunday, December 20, 2009

SaYa DaN pAk CiK

Semasa pulang ke kampung sebelum Raya Haji yang lalu,saya telah bertemu dengan seorang pak cik yang bekerja sebagai seorang konduktor bus yang amat terkenal di daerah saya.Pak cik tersebut biarlah namanya dirahsiakan .Ikuti perbualan ringkas saya dengan pak cik tersebut.Bahasa perbualan ada yg ditukar sedikit demi pemahamam semua..

pak cik: ha..,nak balik rumah ke? ko dari mana ni?

saya: a.ah..balik umah jap,dari shah alam.

pak cik:ko blaja lagi kan? ambik kursus apa ye?

saya: ambik kursus teknologi kreatif kat Uitm,(malas nak terangkan panjang lebar)

Pak Cik: o.. ni mesti bahagian lukis2,tv dan blakon2 ni..esok leh keje kat TV3.RTM atau Astro.

Saya: mungkin la kot.

Pak cik: pak cik tau,sbb kursus kamu ni xde tempat lain gi,klau bukan kat TV,kat mane gi..jadi pelakon ataupun penari pun boleh gak.

Saya:kenapa? tak boleh keje lain ke? (pura-pura tanya)

Pak cik: habis kamu nak jadi pe gi..jadi artis jela kan? dah nama pun kreatif2 ni..mesti bidang glamour punya.

Apa yang boleh didapati dengan perbualan diatas? maybe ramai yang kata Pak cik tersebut tidak tahu apa-apa dan bukan salah beliau pun nak cakap camtu kan?? jadi mari kita fikir-fikirkan sendiri k.

* saya ada matlamat saya sendiri,saya tahu apa yang saya kejar..cuma masa yang menentukanya.Insyaallah.


Saturday, December 19, 2009

LeLaH

lelah
aku lelah,aku penat.
jangan penat,jangan lelah.
kau nak aku buat apa?
kau cuba dan terus cuba.
tapi sampi bila?
sampai dia rasa?
rasa apa?
Rasa apa yang kau rasa.

Thursday, December 17, 2009

MuKaDiMaH


akhirnya aku sudah mempunyai blog aku sendiri..emm... sebenarnya sudah lama aku inginkan sebuah tempat diman aku boleh meluahkan perasaan,meluahkan apa yang tersimpan dan juga berkongsi apa sahaja yang berlaku di sekeliling aku pada masa ni.. itupun kalau ada sesiapa yang sudila membaca aku punya tulisan yang tidak seberapa ni..aku bukannya pandai sangat menulis berbanding dengan teman-teman yang lain,tetapi itulah aku menulis bukan untuk dipuji tetapi untuk berkongsi.ramai yang kata menulis ni jiwang la..apa la,tetapi sebenarnya menulis ni merupakan satu terapi untuk kita dalam mengharungi hidup yang serba mencabar ni..terapi bagaimana? kita akan tahu sendiri apabila kita cuba menulis apa yang tidak kepuasan hati kita diatas satu kertas dan selepas itu cuba anda baca apa yang anda tulis itu..apa perasaan anda? lega ataupun masih ingin melepaskan ke arah benda yang tak sepatutnya seperti menghentak meja (aku pernah buat dulu he..he..) dan juga mencarut tak tentu pasal.jadi cuba kita buat sesuatu yang positif sikit.dah macam ruangan motivasi pulak dah tetapi inilah realiti yang sebenarnya.sebenarnya aku pun tak tahu nak merepek apa lagi tetapi inilah mukadimmah pertama aku didalam ruangan ini,hope selepas ini akan lebih banyak idea dan juga input yang boleh aku kongsi dengan semua k,pepon hidup iu mesti gembira dan hargai apa yang kita ada sekarang k.