Catatan awal tahu..2012, selamat datang ke ke dalam kehidupan aku, setelah setahun 2011 menemani diri ini. banyak yang berlaku, tercipta dan juga tercetus pada tahun tersebut..ada yang begitu sakit aku nyatakan..ada yang begitu gembira aku khabarkan..namun itu semua dikatakan sebagai perencah dalah kehidupan setahun tersebut. Alhamdulillah, tahun ini aku akan bergelar graduan (Insyaallah) dan aku akan masuk ke dalam sebuah dunia perkerjaan pula sebelum aku menyambung ke peringkat yang lebih tinggi..tahun ini genap jugalah persahabatan aku bersama mereka,mereka yang banyak memberikan aku sebuah kehidupan yang berharga semasa aku jauh dari keluarga antaranya
Mohd Izwan (Wan), Abang Rhadi, Amir, Daus, Akash dan juga sahabat-sahabat yang lain kerana menjadi seorang sahabat yang begitu aku percayai, banyak memberitahu aku tentang kekuatan dalam menempuh kehidupan, tentang kepercayaan dalam diri dan juga keyakinan aku, luahan aku bila ada masalah....terima kasih sahabat, menjadi seorang yang begitu percaya pada aku, tentang kebolehan aku.. tentang apa yang aku nak buat..kalian sentiasa menyokong walaupun kadang-kadang minat kita berbeza. aku banyak melihat dia dan juga belajar dari sikap kamu semua yang diam-diam berisi dan menjadi sahabat yang begitu pintar dalam merencana sebuah kehidupan.. semoga tahun ini persahabatan kita tetap utuh.Amin..