Thursday, December 17, 2009

MuKaDiMaH


akhirnya aku sudah mempunyai blog aku sendiri..emm... sebenarnya sudah lama aku inginkan sebuah tempat diman aku boleh meluahkan perasaan,meluahkan apa yang tersimpan dan juga berkongsi apa sahaja yang berlaku di sekeliling aku pada masa ni.. itupun kalau ada sesiapa yang sudila membaca aku punya tulisan yang tidak seberapa ni..aku bukannya pandai sangat menulis berbanding dengan teman-teman yang lain,tetapi itulah aku menulis bukan untuk dipuji tetapi untuk berkongsi.ramai yang kata menulis ni jiwang la..apa la,tetapi sebenarnya menulis ni merupakan satu terapi untuk kita dalam mengharungi hidup yang serba mencabar ni..terapi bagaimana? kita akan tahu sendiri apabila kita cuba menulis apa yang tidak kepuasan hati kita diatas satu kertas dan selepas itu cuba anda baca apa yang anda tulis itu..apa perasaan anda? lega ataupun masih ingin melepaskan ke arah benda yang tak sepatutnya seperti menghentak meja (aku pernah buat dulu he..he..) dan juga mencarut tak tentu pasal.jadi cuba kita buat sesuatu yang positif sikit.dah macam ruangan motivasi pulak dah tetapi inilah realiti yang sebenarnya.sebenarnya aku pun tak tahu nak merepek apa lagi tetapi inilah mukadimmah pertama aku didalam ruangan ini,hope selepas ini akan lebih banyak idea dan juga input yang boleh aku kongsi dengan semua k,pepon hidup iu mesti gembira dan hargai apa yang kita ada sekarang k.






No comments: