Sunday, April 18, 2010

NeVeR EnD


sahabat..bukan niat saya untuk menyusahkan kamu, bukan niat saya untuk melihat kamu berasa tidak senang hati dan juga susah bila berkawan dengan orang seperti saya. niat yang baik memang kadang-kadang disalah erti kan, saya tidak menyalahkan kamu kerana melihat saya melalui persepsi begitu.. demi tuhan..saya rindukan kamu yang dulu,insan dan sahabat yang telah membawa saya mengenal erti ketawa,gembira dan juga sedih. bila saya tiada..kamu akan sentiasa bertanya saya dimana,bila saya ingin berbuat sesuatu..kamu akan sentiasa pantau untuk kebaikan saya..bila saya sedih,kamu yang sentiasa datang dan membuatkan kesedihan saya hilang walaupun sekejap.. tapi itu semua dulu..ketika masing-masing mengejar haluan dan juga impian.. kini impian kamu sudah dekat untuk dikecapi,impian kamu bersama yang lain..tapi saya? masih lagi mencari sebuah hakikat yang sebenar..mencari sebuah kenyataan yang sebetul-betulnya.. tapi saya tidak perbah berubah untuk,kamu tetap sahabat sejati saya sampai mati..kenyataan ini takkan hilang sampai saya menghembuskan nafas saya yang terakhir, kamu sahabat? bagaimana? adakah kenyataan ini sudah tidak diterima pakai lagi ataupun sudah ada sahabat sehidup semati yang menggantikan diri ini.. setiap kenangan yang semasa kita berkawan sentiasa bermain diingatan saya..kenangan sedih dan kadang-kadang kita bergaduh walhal perkara yang kecil.. berkongsi masalah dan juga impian masing-masing.. tapi itu dulu.. kini,tempat itu mungkin telah digantikan dengan orang lain.. tiada lagi luahan masalah,tiada lagi gurau yang membuatkan saya ketawa..tiada lagi impian yang dikongsi..

saya cuba untuk melupakan masalah ini dan menerima bahawa setiap perkara itu perlu ada perubahanya,tapi saya masih belum sedia untuk menerima perubahan seorang sahabat yang saya kenal.. percayalah,satu-satunya yang membuatkan saya kuat ialah keluarga dan juga kamu. bilakah kenangan seperti dulu akan datang lagi?? saya sunyi dan juga bosan.. tiada lagi semangat..tiada lagi kudrat nak menempuh hari tanpa insan seperti kamu. tolong jangan pergi terlalu jauh,saya penat untuk mengejar..

* luahan rasa seorang sahabat*

1 comment:

FIRAHAN-NURNAZRI said...

abg ijat ok tak ni?
sedih fyra baca...