Wednesday, May 19, 2010


apabila kita menerima satu kenyataan yang amat pahit?? apa yang kita buat?? adakah cuba unutk melupakan kenyataan itu ataupun hanya memikirkan ia setiap masa... kadang-kadang lebih elok kita tidak mendengar kenyataan itu kerana apabila kita dengar,bertambah sakit dan luluh rasa jiwa..tapi kita perlu belajar untuk menerima sebuah kenyataan sama ada pahit atau buruk kenyataan tersebut. sedih?? sudah puas bersedih...suka??? jarang sekali..menerima sebuah kenyataan yang pahit lebih sakit dari makan secebis hempedu... fikirkan.

Monday, May 17, 2010

CeBiSaN KisAh

CeRiTa MoRiB.

menjengah lagi saya ke laman ini... sudah lama rasanya tidak melawat. emm nak kata sibuk,betul jugak..nak kata xde mood nak menulis..betul gak...entahlah mana satu alasannya kan..pepon saya sebenarnya baru balik dari Pantai Morib..bercuti??? no..no.. bukan bercuti tapi menjadi seorang urussetia yang setia di sana membantu pensyarah-pensyarah saya menjalankan program mereka. saya sebenar sangat seronok menyertai program tersebut...seronok kerana saya terlibat bersama-sama dengan urusetia-urusetia yang boleh tahan gilanya hehee.. walaupon sebenarnya program tersebut kadang-kadang membosankan,tapi ia memberikan kenangan manis buat saya dimana saya telah berkerja di bawah satu team yang gempak... mereka-mereka ini telah menceriakan saya semasa disana. baru saya sedar bahawa ketawa itu penawar....

CeRiTa DiA

Semalam saya sempat berjumpa dengan dia..sempat untuk bertanya khabar dan berbual-bual dalam masa yang singkat.. saya gembira..sangat gembira kerana perbualan saya disambut olehnya. saya masih lagi belum berani untuk bertentang mata dengannya secara terus..saya masih belum berani untuk mengeluarkan kata-kata yang indah untuknya...saya takut dia tidak dapat untuk menerimanya..xpelah..dia sudi untuk berbual-bual sebentar sudah mencukupi buat saya...

Monday, May 10, 2010

SeBuAh cETusAN

"semakin hari..semakin dia faham perasaan ini..semoga ia akan berkekalan"

Thursday, May 6, 2010

BiNtAnG

seronok melihat bintang itu ketawa, ketawa dengan sungguh asyik hinggakan tidak sedar bahawa angin sedang memerhatikan bintang itu... angin cuba untuk ketawa bersama bintang,tetapi bintang seperti tidak mahu angin ketawa bersama denganya. angin berasa sangat sedih kecewa lalu pergi membawa diri. Tiba-tiba datang bulan cuba untuk mengusik angin,angin berasa sangat marah dan cuba untuk tidak mempedulikan bulan kerana dia kecewa dengan bintang. bintang seperti tidak faham perasaan angin ketika itu..angin juga tidak suka kepada bulan. bulan tidak tahu apa-apa. Bintang itu langsung tidak cuba untuk berjumpa dengan angin..angin sangat kecewa...dia cuba sorokkan kekecewaan dia dengan berjumpa matahari dan juga bunga..tetapi angin masih teringatkan bintang itu... xpe..angin akan cuba bersama bintang semula walaupun bintang sudah semakin tinggi di atas angkasa raya bersama bintang-bintang yang lain.