selamat datang ke dunia baru buat Nur Amirul Ainul Anati Binti Mohd Azam..inilah adik aku yang baru dilahirkan pada 23 jun 2010 yang lalu...Alhamdulillah ibunya dan dia berada dalam keadaan sihat walaupun sebelum dia dilahirkan,ibu saya berulang kali ke hospital dan ditahan di wad kerana darahnya naik dan juga pening-pening. kesian melihat dia yang sarat mengandung terpaksa bermalam di hospital. itu adalah salah satu pengorbanan ibu yang sememangnya besar buat insan bernama anak. aku hanya mampu mendoakan kesihatan mereka dan juga insyaallah,satu hari nanti jasa ibu dan bapa itu akan aku balas dengan sepenuhnya seperti mereka yang banyak berkorban wang dan juga tenaga untuk membesarkan anak-anaknya. terima kasih kepada En Mohd Azam bin abdullah dan Puan Rosmila Binti Jalaludin kerana dikau teristimewa dihatiku....
1 comment:
ejat!
syoknya ada adik kecik...
Post a Comment