Thursday, November 25, 2010

Kehidupan


tamat sudah program untuk semester ini.. dan juga berakhirnya sesi aku di semester 3.. cepat sungguh masa berlalu,pantas,kejam dan juga sentiasa mahukan kita mengejar masa tersebut..betul kata orang "masa itu emas". sem ini banyak mengajar aku erti kesabaran,tanggungjawab, kesedihan, cemburu dan juga pelbagai lagi rasa yang aku alami. ia menuntut aku supaya bertindak "cerdik" bukan "bodoh". kawan-kawan kata aku sentiasa berfikir negatif.ya kadang-kadang negatif itu ada benarnya,negatif itu terjadi kerana bersebab dan bukan kerana datang secara tiba-tiba. insyaallah aku akan cuba "sepositif" yang mungkin supaya aku tidak dilabelkan sebagai "gila". sikap aku mungkin gila..tapi gila yang bersebab hahahaha.. disini aku ingin merumuskan apa yg ada pada aku untuk tahun ini...

Persahabatan
seperti biasa..ada pasang surutnya. Alhamdulillah aku dikeliling sahabat dan juga insan yang baik,mereka banyak membantu aku.. orang kata ramai kawan lagi bagus seperti beribu pun xpe..sebenarnya mencari kawan itu senang tetapi mencari sahabat itu seharusnya berhati-hati. Terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang faham dan terus setia dgn aku walaupun kdg2 aku ini agak memboringkan.. mereka inilah yang istimewa di hati aku ini selepas keluarga. aku harap persahabatan yang dibina akan terus kekal..jika ada salah yang aku buat..betulkan lah,jika aku menyinggung perasaan kamu..beritau..Insyaallah..aku akan mencari jalan penyelesaian..maaf jika aku tidak dapat puaskan hati semua..aku bukan "malaikat" aku cuma manusia biasa yang ingin bersahabat..

Love
hahahha...gelak aku biler mendengar perkataan ini..Love (cinta). aku memang mencari cinta ini..cinta yang ikhlas..romantik...dan juga suci hehhee.. buat masa ini aku cinta aku untuk Allah S.W.T, keluarga,sahabat dan sesiapa saja yang layak untuk aku cintai..tapi untuk pasangan hidup.. aku masih belum jumpa..belum temui pasangan yang benar-benar buat aku rasa untuk mencintainya.. aku bukan 'sesuatu" seperti kata-kata orang..cuma aku masih belum jumpa lagi.. aku sedar yang aku bukan layak untuk membuat pilihan..siapalah aku kan??? tapi cinta itu perlu ada pilihan dan bukan sebarangan... biar ihklas.. ya..aku akan menemuinya satu hari nanti.. saya akan temui cinta itu..Insyaalah.

No comments: