Wednesday, February 23, 2011

Andre Bazin vs Mak Yong.

Anak Raja Gondang..semua naskah klasik persembahan Mak Yong yang begitu relevant dengan kisah pada masa kini..itulah yang kami kaji dan terapkan melalui teori Andre Bazar.

Rujukan dan juga pembacaan skrip.

Thursday, February 17, 2011

"dia"

berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..hanya pada Mu aku memohon supaya aku boleh berdiri dengan lebih selesa dan juga berjaya hidup dan bernafas dengan ruang yang secukupnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Aku pelik..selama empat tahun aku dibayangi oleh "dia",aku masih lagi mampu untuk tersenyum dan juga dapat apa yang aku impikan walaupun tidak semuanya tertunai... "dia" begitu hebat dimataku.."dia" sangat bermakna dalam hidup aku walaupun aku hanya mampu mengecapi nikmat dan juga keindahan itu hanya beberapa ketika sahaja,tetapi aku percaya..aku masih lagi ada keistimewaan di mata "dia".

aku berasa bertuah mengenalinya dan juga berasa bangga secara tidak langsung kerana aku berjaya menjadi sebahagian dalam hidup "dia" sebelum keistimewaan aku itu dirampas oleh manusia-manusia lain.. aku tidak tahu sampai bila aku harus dibayangi oleh "dia"..aku tau "dia" langsung tidak sedar bahawa aku masih lagi mengangap bahawa dia yang istimewa di hati ini..setiap saat nafas,langkah,tidur,gembira.sedih dan juga hidup aku..aku sentiasa memikirkan "dia" ..percayalah bahawa tiada yang lain dapat keistimewaan itu seperti "dia". aku cuma berharap supaya 'dia" sedar bahawa aku masih lagi memerlukanya..masih lagi mengharapkan sokonganya...

Monday, February 14, 2011

Ruang





Adakah ruang yang diberi untuk aku berfikir tentang masa hadapan dan juga kehidupan terlalu singkat dan juga sempit.  Adakala aku tiada masa untuk memikirkan tentang masa hadapan walaupun ramai yang kata bahawa masa hadapan itu penting kerana masa hadapan penentu kepada kejayaan kita pada masa sekarang.. entahlah,mungkin  ruang  yang telah diberikan untuk aku memikirkanya tidak aku gunakan dengan sebaik mungkin.  Aku percaya kepada takdir, mampukah kita untuk mengubah takdir ?? hanya  ‘Dia’ sahaja yang mengetahuinya..kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan menentukan hala tuju hidup ini..baik atau jahat.