berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..hanya pada Mu aku memohon supaya aku boleh berdiri dengan lebih selesa dan juga berjaya hidup dan bernafas dengan ruang yang secukupnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Aku pelik..selama empat tahun aku dibayangi oleh "dia",aku masih lagi mampu untuk tersenyum dan juga dapat apa yang aku impikan walaupun tidak semuanya tertunai... "dia" begitu hebat dimataku.."dia" sangat bermakna dalam hidup aku walaupun aku hanya mampu mengecapi nikmat dan juga keindahan itu hanya beberapa ketika sahaja,tetapi aku percaya..aku masih lagi ada keistimewaan di mata "dia".
aku berasa bertuah mengenalinya dan juga berasa bangga secara tidak langsung kerana aku berjaya menjadi sebahagian dalam hidup "dia" sebelum keistimewaan aku itu dirampas oleh manusia-manusia lain.. aku tidak tahu sampai bila aku harus dibayangi oleh "dia"..aku tau "dia" langsung tidak sedar bahawa aku masih lagi mengangap bahawa dia yang istimewa di hati ini..setiap saat nafas,langkah,tidur,gembira.sedih dan juga hidup aku..aku sentiasa memikirkan "dia" ..percayalah bahawa tiada yang lain dapat keistimewaan itu seperti "dia". aku cuma berharap supaya 'dia" sedar bahawa aku masih lagi memerlukanya..masih lagi mengharapkan sokonganya...
No comments:
Post a Comment