Saturday, March 12, 2011

MeMoRiEs.

salam semua.. untuk entry kali ini,aku ingin menulis mengenai persahabatan dan juga sayang diantara manusia. Alhamdulillah..aku dikurniakan dengan sebuah keluarga yang bahagia dan juga sahabat yang ramai. jika kita jauh dengan keluarga,dengan siapa yang harus kita berpaut??? ya..sahabat adalah antara orang yang kedua terdekat dengan kita. Ramai yang mengangap bahawa sahabat itu sekadar tempat untuk menghilangkan bosan dan juga berseronok sahaja..tetapi tidak bagi aku..dalam persahabatan perlu ada pengorbanan dan perlu ada kekuatan. Itu seharusnya.. kasih sayang untuk sahabat itu perlu dan bukan sekadar "berkawan" sahaja. Aku sentiasa mengharapkan untuk dikurniakan sahabat yang sentiasa mengingatkan aku apa yang salah,membantu di kala aku kesedihan,dan juga susah senang bersama.. Alhamdulillah,aku telah berjumpa dengan sahabat yang bagi aku telah mengajar aku apa itu erti kasih sayang,kegembiraan,perjuangan,impian dan juga kesedihan. sebelum ini aku hanya berkawan hanya untuk berkawan, namun setelah berjumpa dengan mereka-mereka ini, aku telah mencipta satu pengalaman dan juga suasana baru bagi aku sejak kali pertama berjumpa untuk bersahabat. inilah antara wajah-wajah yang memberi aku kekuatan dan bagi aku erti apa itu "persahabatan". Terima kasih semua.



4 comments:

sea_lavender said...

teman,sahabat,kawan dan rakan sgalanya memberi erti berbeza2 ..
kte yg menilai...btw, m'hargai perkenalan mahupun persahabtan 1 sikap yg murni..i like it..
biarlah ikatan ukhuwah yg terbina antara teman ianya ikhlas krn Dia...
sudah pasti perhubungan itu kekal lama dan baik slamnya..Insya-Allah..
kebahagiaan dunia dan akhrat kecapilah ~

mapieceofart said...

alhamdulillah... seronoknya baca post yang ini... rasa nak print pastu tampal kat dinding... sangat sweet... =)

*paling suka gamba amir dgn abang... muka busuk abis! haha...

KatANoTA said...

thank semua..kamu semua juga sahabat yang baik..walaupun kemana kita pergi..perkataan "sahabat" itu harus kita bawa. ingat dalam perhubungan,keikhlasan itu penting :)

Unknown said...

jaga kawan2 kau baik2 ye ijat.... semoga gembira sampai bila2....