Thursday, December 31, 2009

AzAm



tahun baru datang lagi!! (macam iklan kotak mainan tora plak hehe),2010 telah masuk kedalam tarikh kehidupan kita,sedar tak sedar saya sudah berada di muka bumi ini sudah masuk 22 tahun,satu masa yang agak lama dan terima kasih kepada Maha Pencipta yang telah memberi peluang kepada saya untuk terus menghirup udara di bumi ini dan semoga peluang yang diberikan itu berterusanlah hendaknya..amin...

AZAM
biasanya apabila tahun baru kita akan menyebut mengenai 'azam' dan seperti biasa soalan yang saya akan terima adalah soalan klise iaitu apa azam tahun baru ni?. Bagi saya azam merupakan satu tindakan ataupun tujuan kita untuk masuk kedalam tahun yang baru ataupun boleh dikatakan sebagai matlamat yang akan kita capai apabila memasuki tahun tersebut tidak kiralah 2010 ataupun tahun 2020 nanti..tapi sampai bila kita hanya berazam tetapi tiada satu pun azam tersebut dapat dicapai oleh kita.Secara jujurnya saya juga berazam pada setiap tahun dan secara jujurnya juga saya masih lagi belum tunaikan segala azam yang dijanjikan..tetapi kita boleh berazam pada setiap hari mahupun bulan untuk mencapai apa yang kita impikan bukan hanya menunggu pada setiap tahun baru sahaja.Oleh itu 'Perubahan akan terjadi apabila kita berubah dan matlamat kan tercapai apabila perubahan itu menjadi matlamat'Fikir-fikirkanlah ok.



No comments: