Monday, January 25, 2010

TrUsT


dalam membuat satu pilihan didalam kehidupan,kita perlu sentiasa perlu memilih mana yang terbaik dan mana yang buruk,jika kita pilih perkara yang betul,insyaallah jalan yang kita pilih itu akan membahagiakan kita. keperluan seorang manusia adalah kesenangan,kebahagiaan dan juga ketenteraman,tetapi dalam mengejar keperluan tersebut,kita kadang-kala lupa bahawa semua itu sudah terhidang di depan mata kita dan cuma kita perlu mengekalkanya sahaja. Sebagai contoh..kita telah diberikan seorang kawan yang sangat baik dan juga jujur dalam berkawan dengan kita tetapi kita masih anggap yang dia seorang kawan yang biasa sahaja dan juga kadang-kadang kita lupa akan kehadiran dia dalam kehidupan kita..wajarkah kita bersikap demikian ataupun tidak kejamkah kita dalam situasi persahabatan begini??? seramai mana sahabat kita pun tidak akan sama dengan sahabat yang sudah menaruh kepercayaan yang tinggi dalam perhubungan tersebut. kita hanya perlu bersikap jujur,berkongsi kasih-sayang dan berkongsi duka dan suka..itulah persahabatan yang saya cari.

No comments: