Tuesday, February 23, 2010

JusT ThInKiNg...



saya mungkin telah memberi persepsi awal tentang kebanyakan perkara-perkara yang terjadi sejak kebelakangan ini, seperti persepsi saya terhadap orang yang saya belum kenal,masalah yang saya hadapi yang datang secara tiba-tiba dan yang paling saya selalu memberi persepsi awal adalah tentang filem, saya sebenarnya seorang yang begitu minat dalam menonton filem dan juga membaca reviu-reviu filem yang di tulis di laman-laman blog dan juga majalah, kawan-kawan saya pernah berkata kepada saya "kita perlu menonton dulu baru memberi komen"....pendapat tersebut apabila saya mendengar, saya hanya tersenyum,mengiyakan dan menidakkan pun bukan,saya memang seorang sangat sekular dalam memberi pendapat berkaitan sesuatu. maafkan saya jika saya begitu.tapi persepsi awal kadang-kadang betul di dunia nyata ini. tapi mungkin ada yang membantah dan menyatakan jangan menilai buku melalui kulit tetapi menilai melalui isi dalamnya. pendapat tersebut sebenarnya boleh diterima pakai tetapi kadang-kadang luar saja cantik tapi dalam buruk..so sebagai seorang manusia,kita terima apa yang seadanya

*menantikan review-review filem jujur.

Saturday, February 6, 2010

MaAf...................

salam kalian..dalam minggu ini saya berasa sangat lesu dan penat..bukan penat kerana membuat kerja yang berat tetapi penat dengan perasaan dan juga situasi yang berlaku pada diri saya dan juga sekeliling... kerana mengikut perasaan saya menjadi seperti seorang manusia yang tiada akal fikiran,perasaan tersebut datang secara tiba-tiba dan tanpa saya sedar saya telah melakukan satu tindakan diluar jangkaan. maaf sahabat-sahabat sekalian,itu bukan saya sebenarnya tetapi itu adalah ruang negatif diri yang sememangnya saya tidak mahu ia datang didalam diri saya ini. mungkin kalian terkejut dan mungkin ada yang membuat andaian sendiri...terpulanglah kepada semua. Apa yang penting saya tetap saya.

* terima kasih sayang saya kepada sahabat-sahabat*