Tuesday, March 2, 2010

ToKoh

Jika diberi peluang untuk bertemu dengan seseorang tokoh yang saya ingin temui dalam bidang animasi,saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan nama tokoh diatas iaitu siapa lagi kalau bukan Hayao Miyazaki.Beliau merupakan seorang tokoh animasi jepun yang sangat hebat dalam berkarya bagi sesebuah filem animasi terutamanya di jepun. Saya mula mengenali dan juga minat untuk mengetahui serba sedikit mengenai beliau ialah semasa beliau mengarahkan sebuah filem animasi yang telah memenangi Anugerah Oscar bagi filem animasi terbaik mengalahkan filem-filem animasi yang lain,filem tersebut berjudul Spirited Away.saya tertanya-tanya bagaimana sebuah animasi jepun mampu unutk mengalahkan pencabar dari studio animasi Hollywood yang lain,tetapi pada waktu tersebut saya masih belum mampu untuk membeli DVD filem tersebut kerana masih lagi bersekolah so duit belanja pun cukup untuk makan tengahari di kantin sahaja.jadi saya hanya memerhati kejayaan beliau melalui majalah-majalah sahaja. Sehinggalah saya telah memasuki dunia universiti dan dengan sedikit duit belanja yang ada,saya telah membeli DVD filem Spirited Away ini dan dengan bangga saya menontonya sambil mencari apa yang istimewanya filem arahan Hayao Miyazaki ini. selepas selesai menonton,saya terus menjadi kipas susah mati tokoh ini dan mulai saat itu saya terus menonton filem-filem koleksi beliau seperti:
kesemua filem-filem ini ada dalam koleksi DVD saya walaupun ada yang hilang dimana banyak tangan yang meminjamnya,tak sabar rasanya untuk menunggu buah tangan terbaru dari pengarah tersohor ini.. i waiting!!!

* Kebanyakan filem animasi beliau mempunyai karakter-karakter yang unik dan comel2 gitu..so kalau tak percaya,try korang tonton sendiri k*

No comments: