perasaan itu memang tidak dapat dibuang dalam diri ini..semakin aku cuba untuk lari dari perasaan itu,semakin kuat ia meronta-ronta,aku faham..perasaan itu seperti mahu aku terus denganya,mahu aku terus dengan apa yang telah aku lakukan,aku cuba untuk buang ia jauh-jauh, namun selagi dibuang semakin dekat dia datang. Maaf,aku tidak mahu perasaan itu bermaharajalela dan juga mempengaruhi aku...tapi aku sendiri yang bodoh..aku sendiri yang cari perasaan itu..aku manusia biasa,bukan malaikat. aku sedar ruang untuk aku melarikan diri dari perasaan itu tidak ada langsung,kalau aku cuba lari..aku yang akan kecewa..perasaan itu tidak akan jadi apa-apa,ia masih dengan dunia dia..Dunia dia yang tersendiri melalui imaginasi dan juga realiti.
No comments:
Post a Comment