semalam aku telah pergi menonton teater terbitan infiniti Vision Media iaitu teater The Secret Life Of Nora yang sebelum ini telah berjaya mementaskan sebuah teater Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya. Ini merupakan sebuah teater yang berskala besar pertama tahun ini yang aku tonton..itupun setelah mendapat tiket "tajaan" dari fakulti. Sebelum menonton seperti biasa aku membaca sedikit review uttuk memudahkan aku menghayati dan mencari dimana hebat dan juga gahnya tetaer ini.. disini sedikit review atau pandangan aku tentang teater ini yang dikatakan sebagai sebuah teater tontonan wajib tahun ini..jangan ambik peduli sangat ok apa yang aku tulis ni..ni ialah cuma pandangan aku yang masih tak cukup ilmu ini untuk menyuarakan sedikit pendapat..katanya...
Yang Best!!
- Opening yang menarik dan juga penuh warna warni yang mengambarkan sebuah pusat hiburan yang dipenuhi gadis-gadis cantik.. membuatkan penonton mula bertepuk tangan. Nora muncul untuk pertama kalinya.
- penari latar dan juga pelakon tambahan yang memenuhi pentas kebanyakannya mampu memberikan satu lakonan yang terbaik..bukan hanya sekadar duduk atas stage jer...
- lakonan Adibah Nor dan juga yang juga memegang watak Betty telah memberikan satu tahap lakonan yang terbaik..cayalah!!
- rekaan set yang begitu hebat dan juga canggih telah memberikan satu lagi kemajuan dalam bidang teater..dimana set tersebut seakan-akan anda sedang menonton sebuah filem. satu pujian untuk mereka yang telah mereka bentuk set...
- vokal dan tarian para pelakon terbaik!!!
- ada penampilan khas Abang Mamat Khalid..nak tau watak pe?? kena gi tonton sendiri..terbaik!!!
Kurang Best!!
- Lgu-lagu yang dimainkan kurang menangkap halwa telinga..cuma beberapa lagu sahaja yang berjaya menarik perhatian.
- terdapat beberapa babak nyayian dan monolog pelakon utama lelaki semasa babak melatih Nora untuk menjadi spy seakan-akan meleweh-leweh..rasanya klau xde pon babak monolog dan nyanyian tu..tidak mencacatkan jalan cerita kot...
- jalan cerita yang sedikit longgar.. mungkin kerana ini adalah untuk format teater dan bukanya filem.. jadi sedikit terbatas disitu untuk menguatkan lagi jalan cerita.
- ending dia sangat-sangat biasa...
ini hanyalah pandangan sahaja..bukan untuk ilmiah ok..pepon tahniah kepada Tiara Jacquelina kerana telah membawa sebuah teater yang hebat untuk tontonan semua. nanti kalau ada tiket tajaan,kita tonton lagi ok heheh...(mengharap).
No comments:
Post a Comment