Thursday, November 24, 2011

Ketua

salam semua.. lama tak menyinggah di laman blog ini..walaupun sudah lama tidak menulis, tetapi setiap hari aku masih melawat blog kesayangan aku ini untuk aku tatapi dengan rasa bangga kerana aku berjaya meluahkan segala isi hati dan juga segala apa yang aku rasa dilaman ini. namun untuk aku menulis secebis kata masih belum ada kemampuan lagi untuk hari-hari sebelumnya kerana kesibukan dan juga mood yang masih lagi tak menentu dengan tugas-tugas yang diamanahkan. dalam minggu-minggu kebelakangan ini aku sentiasa dipenuhi dengan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanah oleh fakulti dan juga kelas kepada aku.. kadang-kadang bila fikir balik..mengapa aku terjebak dalam semua ini..mampukah aku untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ketua yang bagus di mata mereka yang berada dibawah aku??  Ya Allah..aku berasa bersalah jika aku tidak mampu untuk menjalankan tugas yang diberikan olehMu kepada ku... tapi apakan daya..aku harus teruskan dengan apa yang aku ada sekarang.. aku harus kuat..tabah, sentiasa positif untuk aku menjadi hebat seperti mereka sebagai ketua..Insyaallah.

2 comments:

sea_lavender said...

moga dpt tunaikan mas'ul yg diamanahkan sebaik mungkin...Insya-Allah..usaha dan yakin pertolongan dari-Nya

KatANoTA said...

Amin..Insyaallah.. trima kasih kerana memberi semangat.