Friday, March 23, 2012

Jimba!!

Salam semua!!! lama tak update blog kan?? masih ingatkan semua pada diriku ini hehehe.. bukan apa, bila dah depan pc ni..mula la buat kejer lain, main facebook la..main game la..tup..tup.. lupa yang sebenarnya blog dah lama tak update, so di pagi yang hening ni bila dah bosan, barula aku mula nak menulis sikit kat ruangan ni. aku dah semster akhir sekarang ni.. so mula sibuk dengan tugasan final iaitu kajian ilmiah atau lebih mesra dipanggil tesis.. tesis ini penting sebab nak grad kena lulus subjek ni.. aku macam biasa nak mengkaji filem animasi dan kaitkan dengan teori yang aku belajar masa kat universiti ni, ramai yang tanya kenapa aku ambik filem animasi.. jawapan dia senang jer, filem animasi atau kartun ni senang nak hadam dan juga memang minat aku tengok citer kartun ni..so nak kaji untuk tesis pon guna la citer kartun.. 

Awal sem jer biler belom start tesis jer, aku dah mula melancong dalam negara ni..yang bestnyer ke negeri yang aku tak pernah pergi plak.. first sekali aku join trip tempat aku praktikal dulu iaitu TVi (Astro 180)  aku bersama dengan staff TVi semua telah ke kedah dan juga menghadiri kenduri kawen salah seorang staff ni..seronok jugaklah sbb jejalan dengan abang-abang dan kakak- kakak yang sempoi habis.. satu kedah kitorang round..siap aku n kawan aku karok satu lagu utk depa semua huhuh.. malu wei.. apa pon perjalanan tersebut sememangnya seronok..insyaallah jika ada masa kita jumpa lagi.

Team-Team TVi yang sempoi..

Di Pekan Rabu Bersama abang Nazir n Abang Aizat. 

No comments: