Monday, March 26, 2012

Perhentian Island Memories,

salam semua.. selepas post aku pasal Kedah.. kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman dan kisah aku tetang trip atau percutian aku bersama sahabat aku di Pulau Perhentian Terengganu...walaupon aku dah banyak kali ikut trip-trip semasa belajar di UiTM ni, namun untuk trip kali ini baru aku rasakan keseronokan percutian tersebut sebab aku pergi bersama dengan sahabat-sahabat aku yang kami sudah bersama selama lebih lima tahun..satu percutian yang mengeratkan kami lagi. terima kasih to wan, radhi, daus, amir, apple, syafiq dan lead yang merancang percutian ini.. Pulau Perhentian yang kami pergi ni terletak di terengganu..so perjalanan kesana memakan masa hampir lapan jam.. namun kami mengambil masa seharian untuk sampai ke Jeti Kuala Besut akibat masalah dengan kereta yang dipandu oleh Radhi..namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan ke Pulau tersebut, apabila Sampai di Jeti..masing-masing muka penat bercampur dengan excited, yela sebab lambaian pulau tu dah memanggil-manggil hehe.. kami menaiki bot pada jam 2.00 petang menuju ke Shang Ri-La Resort yang terletak di Pulau Besar tu..

    
atas bot..muka penat campur teruja.
Sampai di Resort tu..kami semua berehat dan aktiviti untuk petang tersebut ialah mencuci mata di sekitar pulau.. ambik angin baru orang kata.. Resort yang kami duduk tersebut sememangnya strategik sebab dekat dengan deretan kedai makan dan juga pantai yang berhampiran..meriah sikit suasana. Mandi laut.. cari coral.. tu semua boleh buat masa kat situ.. makanan dekat situ mahal sikit..nasi goreng pon dalam harga 10 hengget,.. so nak makan pon kena pikir dua tiga kali..tapi kami bedal jer..yela kalau tak berlapar la dekat situ..
cover album terbaru heheh...

perut tak boleh nak cover dah hahaha...

aktiviti first ialah snorkeling..

muka semua macam mabuk laut dah hahaha


muka cuak sebab tertelan air masin.

I LOVE U GUYS!!

1 comment:

JunpYo said...

gambar same...ceittt...