Tuesday, April 27, 2010

mOoD

salam.. semalam saya telah berada di depan laptop ini seharian,tapi masih juga belum mampu untuk menulis sesuatu di blog ini,bukan kerana malas ataupun takde adie nak tulis apa,bukan itu alasannya..alasannya ialah saya tiada mood.... dalam beberapa hari ini,saya merasakan mood saya semakin hilang,hilang dibawa oleh angin-angin yang nyaman,tapi senyaman-nyaman angin itu,dialah yang membawa mood saya itu pergi jauh. saya sibuk menyipkan asiment yang diberikan oleh pensyarah saya..serius,asiment ini sebenarnya membuatkan kepala fikiran saya seperti perlu digunakan melebihi kemampuan saya..sehinggakan saya terpaksa memberikan isyarat kepada otak saya ini supaya mengurangkan kuasa kepada keadaan biasa balik,bukan apa..takut nanti jika digunakan terlebih had,gila pula yang datang..saya bukan seperti yang lain,mampu mengawal kuasa otak mereka mengikut had yang sesuai..

saya banyak menghabiskan masa saya yang terluang dengan menonton filem dan juga membaca-baca review filem di internet,sehinggakan kawan-kawan saya menasihati saya supaya jangan terpengaruh dengan apa yang dibaca,emm..bagi saya tak salah jika kita membaca apa yang ditulis oleh mereka..ini secara tidak langsung kita akan dapat faham tentang apa yang diperlukan melalui sesebuah filem...setiap filem di dunia ini walaupun diiktiraf sebagai yang terbaik,tetapi masih akan ada mulut-mulut yang mempertikaikanya..begitu juga manusia..sebaik-baik kita,masih ada juga yang akan membenci. hati manusia ini bermacam-macam wahai sahabat.

3 comments:

~miss ieza~ said...

sabar la k ijat.. study elok2.. kalo pning rehat jap.. chayok2!! ;)

mapieceofart said...

ijat boleh...!! jgn push diri sangat tau, nanti pressure kacau exam pulak... =)

KatANoTA said...

mas: tq sbb take care.. ijat ok.cuma takut je huhu.. sem ni mcm2 la.

maPieCeoFart:yup..ijat boleh!! tq2. sayang zara.