assalamualaikum semua..apa khabar, lama dah tak update blog ni huhuhu..yela sibuk ngan tugas harian sebagai pelajar yang tak sudah-sudah, pastu cuti Raya Haji plak..so balik kampung dah tak boleh online..xde internet. so biler dah balik Shah Alam yang tercinta ni..boleh la tulis apa yang patut kan.. masa cuti di kampung hari tu, aku banyak habiskan masa di rumah..yup.. menjaga adikku yang sedang baru nak belajar berjalan tu..dah setahun lebih umur dia..rasanya baru sekejap jer emak aku mengandungkannya huhuh.. emak seperti biasa sibuk dengan tugasnya iaitu berniaga di warung, abah dengan kerja officenya..adik aku yang lelaki tu sekolah dan adik aku yang perempuan tu pulak dah kerja sambilan disalah sebuah sekolah di tempat aku..so tinggal la aku sorang dengan budak kecik tu.. aku banyak habiskan masa di rumah dengan makan..tengok tv..,pastu makan..pastu tengok tv balik.. itulah rutin aku kalau cuti di rumah..mana badan tak naik.. tapi yang bagusnya biler aku ada kat rumah..ringan sikit beban family aku..yela, ada orang tolong kemas rumah, basuh kain..buai dan jaga adik aku yang kecik tu... si tak perlulah mak aku rushing2 balik..pastu kena masak plak.. sian plak aku tengok dia.. insyaallah emak..kalau ada rezeki, ijat (aku) dah kerja best-best nanti..ijat belikan emak kerusi urut yang macam dekat shooping komplek tu..so lepas penat berniaga..leh la lepak kena urut kat kerusi tu k.. insyallah.
No comments:
Post a Comment