Thursday, April 29, 2010

CeRiTa BeRceRiTA

salam semua...heheh..hari ini saya berpeluang untuk membuat satu persembahan puisi dibawah kelolaan Ayah Agi,iaitu seorang pensyarah di Universiti saya..tiba-tiba saya teringat balik waktu sekolah dahulu,saya memang diantara pelajar yang suka berpuisi..pantun,syair,sajak,seloka malah bercerita juga dapat saya persembahkan,jika diberi peluang oleh cikgu-cikgu untuk membuat persembahan hari guru dan apa saha hari yang diraikan disekolah,sayalah orang pertama yang begitu gembira..yela secara tak langsung boleh jadi glemer ckit bila buat persembahan kan??hehehe.. sekolah rendah,saya diantara orang yang selalu mendapat tempat pertama didalam pertandinganbercerita..saya pun tak tau apa yang bestnya bila saya bercerita,kawan-kawan lain akan berasa tercabar apabila saya bertanding dengan mereka apabila tiap kali pertandingan itu diadakan disekolah,

cerita yang paling suka dan akan sentiasa bawa masuk bertanding ialah cerita kisah-kisah nabi..bukan apa,kisah nabi-nabi kita sangat menarik dan juga boleh dijadikan iktibar.. kisah binatang juga menjadi kegemaran saya. kenangan saya paling tidak pernah lupa apabila saya kena kejar oleh makcik saya yang juga cikgu saya sendiri apabila saya malas untuk berlatih dan menghafal sebuah cerita yang bertajuk :singa yang tamak" inilah,cerita pertama yang saya bawa masuk dalam pertandingan bercerita peringkat sekolah huhu.. saya ingat lagi,saya kena memakai topeng yang berbentuk singa dan memegang seekor tikus yang dibuat dari kertas manila...malu memang malu tetapi itulah seronoknya. tak sangka dalam malas berlatih dan malu-malu,saya mendapat tempat kedua dimana tempat pertama disandang oleh sepupu saya sendiri...sekarang apabila nak membaca puisi atau membuat persembahan didepan orang ramai,rasa takut dan malu masih menebal dalam diri..orang kata makin besar makin berani..ini tidak..makin besar makin penakut heheh..

Tuesday, April 27, 2010

mOoD

salam.. semalam saya telah berada di depan laptop ini seharian,tapi masih juga belum mampu untuk menulis sesuatu di blog ini,bukan kerana malas ataupun takde adie nak tulis apa,bukan itu alasannya..alasannya ialah saya tiada mood.... dalam beberapa hari ini,saya merasakan mood saya semakin hilang,hilang dibawa oleh angin-angin yang nyaman,tapi senyaman-nyaman angin itu,dialah yang membawa mood saya itu pergi jauh. saya sibuk menyipkan asiment yang diberikan oleh pensyarah saya..serius,asiment ini sebenarnya membuatkan kepala fikiran saya seperti perlu digunakan melebihi kemampuan saya..sehinggakan saya terpaksa memberikan isyarat kepada otak saya ini supaya mengurangkan kuasa kepada keadaan biasa balik,bukan apa..takut nanti jika digunakan terlebih had,gila pula yang datang..saya bukan seperti yang lain,mampu mengawal kuasa otak mereka mengikut had yang sesuai..

saya banyak menghabiskan masa saya yang terluang dengan menonton filem dan juga membaca-baca review filem di internet,sehinggakan kawan-kawan saya menasihati saya supaya jangan terpengaruh dengan apa yang dibaca,emm..bagi saya tak salah jika kita membaca apa yang ditulis oleh mereka..ini secara tidak langsung kita akan dapat faham tentang apa yang diperlukan melalui sesebuah filem...setiap filem di dunia ini walaupun diiktiraf sebagai yang terbaik,tetapi masih akan ada mulut-mulut yang mempertikaikanya..begitu juga manusia..sebaik-baik kita,masih ada juga yang akan membenci. hati manusia ini bermacam-macam wahai sahabat.

Tuesday, April 20, 2010

kEciL


semalam saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk menonton sebuah filem yang sememangnya saya ingati sepanjang zaman. filem itu itu berjudul "predator" lakonan pelakon yang berbadan sasa pada waktu itu,tapi skang pelakon tu dah jadi gabenor so xtau la badan dia sasa lagi ke x??? iaitu Arnold Swachwarzeneggar (hehe..xtau la ejaan di btol ke x) ,filem Predator ini meninggalkan banyak kenangan manis buat saya dan pakcik2 di kampung kami pada waktu itu, apabila menontonya kembali semalam,saya tersenyum sendirian..banyak babak-babak dalam filem tersebut menjadi ikutan saya seperti semasa hero itu terjun ke dalam sungai,mencalitkan lumpur ke seluruh badan dan juga gaya predator itu sendiri, masa saya kecil-kecil dahulu.saya dan kawan-kawan yang lain suka meniru aksi sebuah filem yang kami tonton,seperti Gi Joe,Transformer dan juga Flashman..kadang-kadang kami xdapt nak bezakan mana realiti dan juga fantasi heheh.. seronoknya, mak dan ayah semua dah [pening kepala..anak-anak asyik merengek suruh belikan mainan karakter kartun tersebut..kenangan yang sangat indah.

* zaman dah berubah,apa yg berlaku pada waktu kecil dahulu mudah kita lupa dengan kesibukan kerja*

Selamat Malam - Faizal Tahir



lagu ini saya tujukan untuk diri saya dan juga sahabat-sahabat saya yang lain, ramai yang kata,jika kita ada masalah ataupun marah..kita sepatutnya tidur,kerana tidur itu menghilangkan masalah kita dan juga meredakan kemarahan..sehingga kita lupakan apa yang berlaku walaupun sementara..tidurlah sayang,tidurlah teman. tidur itu akan membawa kita kepada alam mimpi fantasi kita yang sememangnya ingin kita rasai. kita sentiasa mengharapkan mimpi yang baik-baik sahaja dan kadang-kadang harapan kita itu tidak kesampaian,yang dapat hanyalah mimpi yang membuatkan kita terkejut di tengah malam..apapun tidur adalah terapi terbaik buat kita..

"biarkan berlalu,semua kepedihan itu".

Sunday, April 18, 2010

NeVeR EnD


sahabat..bukan niat saya untuk menyusahkan kamu, bukan niat saya untuk melihat kamu berasa tidak senang hati dan juga susah bila berkawan dengan orang seperti saya. niat yang baik memang kadang-kadang disalah erti kan, saya tidak menyalahkan kamu kerana melihat saya melalui persepsi begitu.. demi tuhan..saya rindukan kamu yang dulu,insan dan sahabat yang telah membawa saya mengenal erti ketawa,gembira dan juga sedih. bila saya tiada..kamu akan sentiasa bertanya saya dimana,bila saya ingin berbuat sesuatu..kamu akan sentiasa pantau untuk kebaikan saya..bila saya sedih,kamu yang sentiasa datang dan membuatkan kesedihan saya hilang walaupun sekejap.. tapi itu semua dulu..ketika masing-masing mengejar haluan dan juga impian.. kini impian kamu sudah dekat untuk dikecapi,impian kamu bersama yang lain..tapi saya? masih lagi mencari sebuah hakikat yang sebenar..mencari sebuah kenyataan yang sebetul-betulnya.. tapi saya tidak perbah berubah untuk,kamu tetap sahabat sejati saya sampai mati..kenyataan ini takkan hilang sampai saya menghembuskan nafas saya yang terakhir, kamu sahabat? bagaimana? adakah kenyataan ini sudah tidak diterima pakai lagi ataupun sudah ada sahabat sehidup semati yang menggantikan diri ini.. setiap kenangan yang semasa kita berkawan sentiasa bermain diingatan saya..kenangan sedih dan kadang-kadang kita bergaduh walhal perkara yang kecil.. berkongsi masalah dan juga impian masing-masing.. tapi itu dulu.. kini,tempat itu mungkin telah digantikan dengan orang lain.. tiada lagi luahan masalah,tiada lagi gurau yang membuatkan saya ketawa..tiada lagi impian yang dikongsi..

saya cuba untuk melupakan masalah ini dan menerima bahawa setiap perkara itu perlu ada perubahanya,tapi saya masih belum sedia untuk menerima perubahan seorang sahabat yang saya kenal.. percayalah,satu-satunya yang membuatkan saya kuat ialah keluarga dan juga kamu. bilakah kenangan seperti dulu akan datang lagi?? saya sunyi dan juga bosan.. tiada lagi semangat..tiada lagi kudrat nak menempuh hari tanpa insan seperti kamu. tolong jangan pergi terlalu jauh,saya penat untuk mengejar..

* luahan rasa seorang sahabat*

Saturday, April 17, 2010

RaSa


Jika ingin bercerita..berceritalah
jangan diam..jangan membatu
jika ingin ketawa..datanglah
jangan mencuka..jangan sayu
jika ingin mengadu..pandanglah
jangan simpan..biar membeku

janji seorang sahabat..bercerita
janji seorang sahabat...ketawa.
janji seorang sahabat.....derita.
janji seorang sahabat..tertanya-tanya.

* ini bukan sajak,syair,malah gurindam..tapi inilah sebuah rasa,sebuah kata.

Friday, April 16, 2010

lAnGkAh






kerja..kerja!!! itulah perkataan yang sangat-sangat popular dikalangan kawan-kawan saya di kolej, nak2 asiment yang begitu 'besar' untuk disiapkan, kadang-kadang kita pernah terfikir,bagaimana seorang pelajar yang mendapat dekan setiap sem itu,mampu untuk mengekalkan prestasinya setiap sem. kadang-kadang lihat mereka ni,macam kita jugak..lepak..tgk movie... bercinta.. dan kadang2 asiment pon siap last minit kan?? emm.. tapi mungkin mereka cepat tangkap kot apa yang diajar oleh lecture dorang.. saya cuba menjadi seperti mereka-mereka itu..cuba untuk dapat apa yang seorang pelajar inginkan dalam prestasi mereka..namun orang kata.."hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih" so azam tu cuma hangat-hangat tahi ayam jela..xpela,yang penting,saya boleh berbangga dengan prestasi saya sekarang.. kita jangan mengikut orang,nanti kita akan jatuh tanpa orang yang kita ikut tu sedar,dan tinggalkan kita jauh di belakang.. so berhati-hati semasa melangkah wahai sahabat-sahabat ku sekalian.

saya baru selesai membuat sebuah perbentangan mengenai konsep satu malaysia..so saya dan group saya telah cuba myemarakan konsep tersebut dengan berpakaian satu malaysia, baju tersebut telah di sponsor oleh mummy seorang rakan saya.. (*thank to mummy*) hope lecture tersebut dapat memberikan markah lebih k huhu...



semangat 1 Malaysia!!!


Tuesday, April 6, 2010

TAnGiS DaN rInDu




semalam..saya menangis lagi,kalau boleh saya bukan sahaja ingin menangis sekuat-kuatnya tetapi ingin meraung-raung sekali. kali ini saya menangis kerana rindu..saya menangis kerana rindukan saya yang dulu,rindukan jiwa saya.rindukan penguat saya,rindukan semangat saya,saya rindukan 'dia'.. tetapi mengapa saya harus menangis hanya kerana rindu? kenapa saya menangis hanya kerana 'dia'? saya cuba kawal perasaan itu,cuba kawal rindu itu,cuba kawal 'dia' dari memanipulasikan diri saya ini..tetapi saya akui 'dia' berjaya tewaskan saya dengan hanya sekelip mata sahaja.. maaf kerana keegoan lelaki saya jatuh hanya kerana setitik air mata. sesudah menangis,saya kembali tenang,munkin tenang saya itu jangka masa yang lama..mungkin hanya sesaat,seminit ataupun setahun..terpulang pada rindu saya itu dan terpulang pada 'dia'. saya hanya mampu bertahan dan kalau boleh biarlah air mata ini jatuh pada tempat yang sepatutnya..